Now Reading
KKM Buat Laporan Polis Terhadap Golongan Anti-Vaksin ‘Annoying’ – KJ

KKM Buat Laporan Polis Terhadap Golongan Anti-Vaksin ‘Annoying’ – KJ

Khairy berharap tindakan susulan, siasatan, pendakwaan dan lain-lain dapat disegerakan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah bertindak dengan membuat beberapa laporan polis terhadap beberapa kumpulan antivaksin.

Beliau juga menggesa pihak berkuasa untuk menyegerakan siasatan dan pendakwaan terhadap kumpulan tersebut yang dilihat masih berterusan menyebarkan berita palsu berkaitan vaksin Covid-19 hingga mengancam kesihatan awam.

Khairy turut menyifatkan kumpulan anti-vaksin ini sebagai ‘annoying’ (menjengkelkan).

Pihak @KKMPutrajaya telah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan anti-vaksin. Kami harap tindakan susulan (sisatan, pendakwaan, dll) dapat disegerakan. Kumpulan ini terus menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan annoying.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi Twitter.

Khairy mengeluarkan kenyataan tersebut selepas membalas tweet seorang pengguna @DrSakinah3 di mana dia mempersoalkan mengapa kumpulan antivaksin di Malaysia sangat kebal selepas ‘petik’ nama Menteri sesuka hati?

Malah, menurutnya lagi mereka ini siap menabur fitnah dan tiada tindakan dikenakan.

Dr Sakinah turut memuat naik tangkap layar dipercayai oleh kumpulan antivaksin di Telegram – yang antara lain mendakwa ada remaja yang disuntik vaksin Covid-19 mendapat kesan sampingan teruk dan meninggal dunia.

Oleh yang demikian, Khairy terpanggil untuk membalas ciapan tersebut dengan menjelaskan bahawa laporan polis telah dibuat dan siasatan akan segera dilakukan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd