Now Reading
Kerajaan Pertimbang Buka Sempadan Negara Untuk Pelancong Asing

Kerajaan Pertimbang Buka Sempadan Negara Untuk Pelancong Asing

Walau bagaimanapun, tarikh muktamad mengenai perkara ini masih belum diputuskan dan masih dalam perbincangan mesyuarat kerajaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Melihat kepada peratusan vaksinasi populasi dewasa di Malaysia yang telah mencapai 91.2% sehingga semalam (14 Oktober), banyak kelonggaran telah diberikan oleh kerajaan.

Antaranya seperti kebenaran rentas daerah dan negeri.

Namun baru-baru ini, kerajaan sedang mempertimbangkan pembukaan sempadan negara untuk membenarkan kehadiran pelancong asing.

Pelancong yang ingin ke Malaysia mestilah lengkap vaksinasi tanpa perlu menjalani kuarantin berikutan perkembangan Covid-19 yang positif di negara ini.

Perkara ini dimaklumkan oleh Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jelas beliau lagi, pembukaan sempadan negara dapat merancakkan semula kegiatan ekonomi terutamanya dari sektor pelancongan, konvensyen antarabangsa, peruncitan dan lain-lain.

Bukan itu sahaja, urusan pelawat perniagaan dan pelawat sosial juga akan menjadi lebih mudah.

Keputusan muktamad belum diputuskan

Taklimat oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengenai perkembangan Covid-19 di Malaysia memuaskan hati Pengerusi MPN itu.

Perkembangan juga dilihat dari segi penurunan kes positif harian, penggunaan katil wad unit rawatan rapi dan kadar vaksinasi populasi dewasa yang tinggi pada masa ini.

Menurut laporan BERNAMA, pembukaan sempadan negara membolehkan rakyat Malaysia melancong ke luar negara tanpa peraturan yang menyulitkan.

Walau bagaimanapun, tarikh muktamad mengenai perkara ini masih belum diputuskan dan masih dalam perbincangan mesyuarat kerajaan.

Pembukaan sempadan antarabangsa ini sudah lama dipertimbang dan dikira sudah sampai masanya selepas rentas daerah dan negeri dibenarkan.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd