Now Reading
Suri Rumah Rugi RM12,000 Lepas Didenda Akibat Sebar Berita Fake Tentang Vaksin

Suri Rumah Rugi RM12,000 Lepas Didenda Akibat Sebar Berita Fake Tentang Vaksin

Tengku Noor Azilin yang tidak diwakili peguam merayu agar dikenakan denda yang minima dengan alasan dia tidak bekerja dan perlu menyara anak-anak termasuk seorang orang kurang upaya (OKU).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Semalam, 6 September telah tular di mana seorang suri rumah telah dikenakan denda sebanyak RM12,000 selepas didakwa menyebar berita palsu tentang vaksin Covid-19.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Sinar Harian, tertuduh Tengku Noor Azilin Wa Kembang Tengku Azizan, 46, selaku orang kena saman (OKS) dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim M M Edwin Paramjothy.

Mahkamah Sesyen juga memerintah supaya OKS dipenjara selama enam bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Kesalahan tertuduh adalah membantutkan usaha kerajaan dalam memerangi vaksinasi Covid-19.

Tempoh masa kesalahan dilakukan adalah ketika kerajaan bertungkus-lumus membasmi penularan wabak menerusi program vaksinasi Covid-19.

Walaupun mahkamah menerima mitigasi OKS dalam mengurangkan hukuman, namun mahkamah turut mengambil kira hujahan daripada pihak pendakwaan bahawa hukuman berbentuk pengajaran perlu diberikan.

Hakim M M Edwin Paramjothy.

Mengikut pertuduhan, OKS didakwa dengan niat menyebabkan kebimbangan kepada orang awam mengenai penyebaran berita tidak benar dalam satu hantaran video bertajuk ‘Siapa Yang dah daftar! Lelaki ini Bongkar Bahayanya V*ksin Covid 19?’

Atas kesalahan itu dia boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara selama tempoh tiga tahun atau kedua-duanya dan dalam satu kesalahan berterusan – didenda selanjutnya tidak lebih RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Tangkapan dan rampasan telefon dibuat

Mengikut fakta kes, pada 3 Jun lalu pengadu yang berada di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada melihat video berkenaan dimuat naik OKS melalui Facebook.

Hasil siasatan termasuk laporan analisa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menunjukkan akaun itu didaftarkan atas nama OKS.

Tangkapan dan rampasan telefon berserta kad sim dibuat menunjukkan akaun Facebook itu boleh diakses melalui barang bukti tersebut.

Ketika prosiding, Tengku Noor Azilin yang tidak diwakili peguam merayu agar dikenakan denda yang minima dengan alasan dia tidak bekerja dan perlu menyara anak-anak termasuk seorang orang kurang upaya (OKU).

Saya tak sokong video itu, saya bukan antivaksin dan saya setuju kerajaan beri vaksin kepada rakyat malah saya sudah mendapatkan dua dos vaksin sebelum ini. Saya buat kenyataan itu dengan niat untuk mendapatkan komen atau pendapat daripada rakan-rakan FB sahaja.

OKS, Tengku Noor Azilin.

Bagaimanapun, Pengarah Pendakwaan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datin Kalmizah Salleh mencadangkan mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada OKS dan masyarakat.

Perbuatan OKS sememangnya mendatangkan kebimbangan lebih-lebih lagi sekarang, negara berperang dengan Covid-19.

Pengarah Pendakwaan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datin Kalmizah Salleh.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd