Now Reading
Vaksin Dos Ketiga Tak Akan Bantu Penularan Varian Delta – Dr Noor Hisham

Vaksin Dos Ketiga Tak Akan Bantu Penularan Varian Delta – Dr Noor Hisham

Menurut Dr Noor Hisham, cara terbaik untuk mengawal penularan varian Delta adalah dengan memberi vaksin kepada mereka yang masih belum divaksinkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu Tweet menjelaskan bahawa pemberian suntikan dos ketiga (booster shot) kepada mereka yang mempunyai vaksinasi lengkap tidak akan mengawal penyebaran varian Delta.

Beliau menambah bahawa cara terbaik untuk mengawal penularan varian Delta adalah dengan memberi vaksin kepada mereka yang masih belum divaksinkan.

Kita mesti meningkatkan liputan vaksin dalam negara terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan dos ketiga (booster shot).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui Twitter.

Jumlah kes positif di Malaysia kini telah mencecah 1,616,244. Manakala jumlah kes kematian pula adalah 14,818.

Setakat 25 Ogos, 32,636,907 dos vaksin telah diberikan.

Peratusan terkini kadar vaksinasi populasi dewasa Malaysia setakat ini pula adalah; dos pertama: 18,792,979 (80.3%) dan dos kedua: 13,842,928 (59.1%)


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd