Now Reading
Enggan Ambil Dos Penggalak Bakal Jadi Punca Gelombang Baru Hujung Tahun Nanti – Pakar

Enggan Ambil Dos Penggalak Bakal Jadi Punca Gelombang Baru Hujung Tahun Nanti – Pakar

Pakar Kesihatan Awam, Dr Farhan menjelaskan bahawa selepas tiga hingga enam bulan penerimaan dos penuh, kadar imuniti seseorang bakal menurun pada paras lebih kurang 29% sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan bahawa mereka akan memperluas pemberian dos penggalak kepada individu berumur 18 tahun ke atas, ibu mengandung serta petugas barisan hadapan.

Menurut KKM, golongan berisiko tinggi adalah warga emas dan individu menghidap penyakit kronik.

Dua golongan ini akan diberikan keutamaaan terlebih dahulu.

Dalam perkembangan yang sama, KKM telah memutuskan untuk melanjutkan pemberian dos penggalak Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech kepada individu yang sudah mendapat dos lengkap vaksin Sinovac sekurang-kurangnya tiga bulan yang lalu.

Kredit: Kosmo/ Astro Awani

BACA LANJUT: Individu 18 Tahun Ke Atas Bakal Terima Dos Penggalak Tidak Lama Lagi

Dos penggalak perlu diambil serius

Pakar Kesihatan Awam, Dr Farhan Rusli menjelaskan bahawa Malaysia bakal berhadapan dengan peningkatan jumlah kes Covid-19 dan wujudnya gelombang baharu menjelang hujung tahun ini jika masih ramai yang menolak pengambilan suntikan dos penggalak.

Jelasnya lagi, orang ramai perlu memandang serius terhadap pengambilan dos penggalak atau booster shot kerana ia akan memberi lebih imuniti terhadap seseorang.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini, ia unik kerana ia akan berlaku pada hujung bulan November dan pada waktu yang sama, kita tahu sudah berjuta rakyat Malaysia yang telah dua suntikan vaksin.

Pakar Kesihatan Awam, Dr Farhan Rusli menerusi Sinar Harian.

Memetik laporan, Dr Farhan mengatakan selepas tiga hingga enam bulan penerimaan dos penuh, kadar imuniti seseorang bakal menurun pada paras lebih kurang 29% sahaja.

Oleh itu, satu gelombang akan berlaku hujung tahun ini dan akan memasuki pada tahun 2022 jika kenaikan kes itu akan terus berlaku.

Segera ambil dos penggalak

Dr Farhan menegaskan bahawa salah satu cara untuk memastikan gelombang yang bakal berlaku itu tidak menjejaskan sistem kesihatan awam adalah orang ramai perlu segerakan pengambilan dos penggalak.

Cara untuk kita memastikan gelombang ini tidak menjejaskan kesihatan awam, bermakna gelombang itu akan berlaku tetapi kita tidak mahu rakyat meninggal dunia disebabkan Covid-19. Kita harus memastikan mereka (rakyat) menerima dos penggalak sebelum waktu imuniti mereka terus menurun.

Pakar Kesihatan Awam, Dr Farhan Rusli menerusi Sinar Harian.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd