Ini Cara Mudah Untuk Dapatkan Dos Penggalak Vaksin
Kegagalan menerima dos penggalak akan menyebabkan status vaksinasi ditukarkan kepada ‘TIDAK LENGKAP’.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Memandangkan ia kelihatan seperti suntikan vaksin dos ketiga atau dos penggalak Covid-19 kini semakin disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pastinya perkara ini menimbulkan pelbagai tanda tanya daripada rakyat Malaysia.
Antaranya, bagaimana cara untuk anda mendapatkan suntikan ini?
Dua dos masih belum selamat.
Kebanyakan individu menganggap bahawa dua dos suntikan vaksin akan menyelamatkan mereka daripada dijangkiti Covid-19. Malangnya, dengan wujudnya VoC seperti Omicron ketika ini – dos penggalak amatlah penting.
Dos penggalak masih diletakkan di bawah pilihan setiap individu pada masa ini, namun KKM mengesyorkan untuk rakyat Malaysia mengambilnya secara sukarela.
Untuk penerima vaksin Sinovac dan semua warganegara yang berumur 60 tahun ke atas pula, suntikan dos penggalak harus diambil sebelum Februari 2022 atau mereka tidak lagi dianggap ‘Lengkap Vaksin’.
BACA JUGA: Penerima Sinovac Digesa Ambil Dos Penggalak Untuk Kekal Status ‘Vaksinasi Penuh’ – KJ
Oleh itu, kemungkinan besar dos penggalak ini akan menjadi wajib untuk seluruh populasi juga.

Adakah ianya PERCUMA?
Sebelum ini, dua dos vaksin itu diberikan secara percuma untuk rakyat Malaysia. Mereka juga diminta untuk menunggu giliran bagi mendapatkan suntikan tersebut.
Kini, untuk dos penggalak juga adalah sama iaitu akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia melalui program pelancaran dos penggalak.
Bagaimanapun, anda juga perlu bersabar menunggu giliran dengan menyemak aplikasi MySejahtera.
Selain di klinik dan hospital, beberapa pusat beli-belah turut menyediakan ruang dan menawarkan perkhidmatan pemberian vaksin secara walk-in, terbuka untuk semua individu.
Mereka yang berminat untuk mendapatkan dos penggalak secepat mungkin juga boleh menghadirkan diri ke pusat PPV terdekat – di mana anda boleh mendaftar untuk memasuki senarai menunggu dan akan dihubungi apabila ada tempat kosong.
Jadi, untuk anda yang ingin mendapatkan dos penggalak secara walk-in, terdapat klinik dan hospital di beberapa daerah sekitar Selangor yang menawarkan perkhidmatan ini.
BACA SINI: Ini Senarai Lokasi Untuk Anda Terima Vaksin Secara Walk-In Di Sekitar KL & Selangor

Walau bagaimanapun, suntikan dos penggalak persendirian juga tersedia di klinik atau hospital swasta. Mereka yang mungkin mahukan suntikan dos penggalak dengan segera boleh berbuat demikian dengan melakukan pembayaran secara persendirian.
Jika anda ingin mengetahui maklumat lebih lanjut tentang lokasi klinik dan hospital yang menyediakan suntikan dos penggalak, boleh rujuk di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia.
Nota Kaki:
Sebelum ini, tempoh sela masa bagi penerima vaksin Pfizer dan Astra Zeneca (AZ) untuk dos penggalak adalah enam bulan. Namun selepas beberapa bukti kajian daripada pakar kesihatan, tempoh tersebut telah disingkatkan kepada TIGA BULAN.
Vaksin penggalak Covid-19 yang sedang giat diperluaskan ini berkemungkinan boleh meningkatkan tahap perlindungan terhadap jangkitan varian Omicron.
BACA JUGA: Dos Penggalak Pfizer & Astrazeneca Dipendek Iaitu Selepas 3 Bulan Vaksin Primer
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.