Now Reading
Penerima Sinovac Digesa Ambil Dos Penggalak Untuk Kekal Status ‘Vaksinasi Penuh’ – KJ

Penerima Sinovac Digesa Ambil Dos Penggalak Untuk Kekal Status ‘Vaksinasi Penuh’ – KJ

Kegagalan menerima dos penggalak akan menyebabkan status vaksinasi ditukarkan kepada ‘TIDAK LENGKAP’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Status vaksinasi penuh dan kemudahan lain akan ditarik balik daripada penerima vaksin JENIS Sinovac dan mereka yang berumur 60 tahun ke atas (tanpa mengira jenis vaksin siri primer) jika mereka enggan menerima dos penggalak menjelang Februari 2022, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Khairy dalam sidang media hari ini (16 Disember) menjelaskan keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan ketibaan varian Omicron Covid-19 yang menjadi kebimbangan serta bimbingan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

BACA LANJUT: Kes Kedua Varian Omicron Di Malaysia Telah Dikesan

Sekiranya kumpulan individu yang dinyatakan masih tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas bulan Februari 2022, status vaksinasi akan ditukarkan menjadi tidak lengkap dan individu tersebut tidak layan untuk menerima kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd