Raja Arab Saudi Titah Untuk Salur Bantuan Segera Buat Malaysia
Bantuan itu adalah termasuk satu juta dos vaksin Covid-19, peralatan perubatan, penjagaan dan rawatan, bekalan pencegahan dan lain-lain keperluan perubatan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Semalam (25 Julai), Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud menitahkan supaya King Salman Humanitarian Aid and Relief Center (KSrelief) segera menyalurkan sumbangan peralatan perubatan dan sebarang keperluan demi membantu Malaysia menangani cabaran pandemik Covid-19.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bernama, Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata bantuan disalurkan baginda itu merupakan satu penghormatan besar dan benar-benar melambangkan ketulusan Kerajaan Arab Saudi dalam menjalinkan persahabatan dengan Malaysia.
Bagi pihak Kerajaan Malaysia, menjunjung kasih buat baginda RRaja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan Kerajaan Arab Saudi atas kebaikan serta keprihatinan yang sangat mendalam ini. Insya-Allah, saya akan terus bekerjasama rapat dengan Putera Mahkota bagi memperincikan bentuk keperluan terkini yang negara perlukan sekali gus memastikan titah baginda Raja Salman ini berjalan lancar.
Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan.
Beliau sebelum itu mengadakan panggilan telefon dengan Mohamad Salman yang menyampaikan titah tersebut.
Bantuan itu adalah termasuk satu juta dos vaksin Covid-19, peralatan perubatan, penjagaan dan rawatan, bekalan pencegahan dan lain-lain keperluan perubatan.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.