Setakat 13 Julai, 76 Kes Varian Baharu Telah Dikenalpasti – KKM
Secara kumulatif, sebanyak 293 kes VOC dan VOI dilaporkan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah memaklumkan bahawa daripada 1 hingga 13 Julai 2021, sebanyak 76 kes varian baharu telah dikenalpasti iaitu;
- 48 kes varian Beta (B.1.351)
- 27 kes varian Delta (B.1.617.2)
- 1 kes varian Theta (P.3)
1 kes varian Beta melibatkan kes import, manakala lain-lain varian adalah kes tempatan.
Secara kumulatif, sebanyak 293 kes VOC dan VOI dilaporkan setakat 13 Julai 2021.

Kes positif Covid-19 melonjak 11,618 kes baharu hari ini (14 Julai 2021)
Semalam (13 Julai), Malaysia telah dikejutkan dengan kes positif harian paling tinggi dalam sejarah negara iaitu 11,079 kes positif dengan 125 kes kematian dilaporkan.
BACA SINI: Malaysia Catat 11,079 Kes Positif Hari Ini, 13 Julai
Menurut KKM, salah satu faktor peningkatan kes baharu ialah penularan Varian Delta.
Untuk pengetahuan anda, Varian Delta adalah yang paling cepat merebak dan turut mengakibatkan lonjakan kes baharu Covid-19 di serata dunia. Varian itu yang dianggap ‘ancaman terbesar’ dilapor telah menular di hampir 100 negara sekali gus menjadi varian Covid-19 dominan ketika ini terutama di negara seperti UK, Portugal, Afrika Selatan, dan Rusia.
KKM turut mengeluarkan kenyataan di mana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran Varian Delta yang cepat merebak dan sentiasa bermutasi mengakibatkan dunia kini dalam tempoh bahaya.
UK paling banyak kes Covid-19 dengan Varian Delta melebihi 82,000 kes diikuti India, AS, Jerman, Kanada, Singapura, Portugal dan Sepanyol.
Kementerian Kesihatan Malaysia
Oleh itu, pemakaian pelitup muka berganda amat digalakkan terutama di kawasan berisiko tinggi kerana penularan jangkitan berlaku secara airbone.
Dalam pada itu, hari ini Malaysia telah merekodkan 11,618 kes positif harian – lebih tinggi daripada semalam.
Berikut merupakan pecahan setiap negeri (kumulatif):
- Selangor – 5,051 (300,974)
- WP Kuala Lumpur – 1,749 (92,837)
- Johor – 396 (76,037)
- Sabah – 286 (73,136)
- Sarawak – 289 (69,865)
- Negeri Sembilan – 1,537 (55,756)
- Pulau Pinang – 210 (37,294)
- Kelantan – 236 (36,721)
- Kedah – 504 (30,000)
- Perak – 164 (29,771)
- Melaka – 526 (23,135)
- Pahang – 400 (17,183)
- Terengganu – 189 (12,181)
- WP Labuan – 38 (9,305)
- WP Putrajaya – 40 (2,761)
- Perlis – 3 (611)

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.