Now Reading
Boleh Berbasikal Untuk Pergi Kerja, Tapi Berjoging Di Kawasan Kejiranan Sahaja

Boleh Berbasikal Untuk Pergi Kerja, Tapi Berjoging Di Kawasan Kejiranan Sahaja

Yang penting, jangan lupa bawa IC atau salinan bil untuk dijadikan sebagai bukti kalau polis tanya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum bahawa rakyat Malaysia kini sedang membiasakan diri dengan perintah ‘total lockdown’ yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Namun begitu, pihak berkuasa juga telah tampil untuk menjelaskan beberapa perkara mengenai prosedur operasi standard (SOP) bagi penunggang basikal serta mereka yang ingin melakukan aktiviti berjoging dan bersenam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata – tindakan kompaun hanya dikeluarkan sekiranya basikal digunakan untuk aktiviti beriadah seperti yang ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh ‘total lockdown’.

(Berdasarkan pemahaman kami, ini bermaksud – anda hanya dibenarkan menggunakan basikal dan dijadikan sebagai pengangkutan untuk keluar membeli barang dapur atau barangan keperluan lain, dan bukan untuk tujuan bersenam atau rekreasi).

Sementara itu, untuk mereka yang suka berlari/berjoging – anda hanya dibenarkan berjoging di dalam kawasan kejiranan sendiri.

Menurut Ketua Polis Ampang, Mohamad Farouk Eshak, orang yang berjoging di luar kawasan kejiranan atau kawasan perumahan mereka melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan akan dihukum dengan sewajarnya.

Farouk turut memberikan petua berguna di mana pihak berkuasa akan meminta bukti tempat tinggal jika berlaku ‘spot-check’ pada waktu tersebut. Oleh itu, orang ramai disarankan untuk membawa IC atau salinan bil disertakan bersama alamat rumah yang boleh dijadikan sebagai bukti bahawa mereka tidak melanggar undang-undang.

Berdasarkan SOP rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), rakyat Malaysia hanya dibenarkan untuk berjoging atau melakukan senaman fizikal semasa PKP.

Aktiviti tersebut juga perlu dilakukan di kawasan kejiranan dalam lingkungan 10 km dari kediaman bermula jam 7 pagi hingga 8 malam sahaja.

Malah, orang ramai juga disarankan untuk mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 2 hingga 3 meter ketika melakukan aktiviti joging dan senaman.

Sebarang aktiviti sukan dan rekreasi lain yang tidak disenaraikan dalam SOP adalah dilarang sama sekali.

Untuk senarai ‘Negative List’ yang dikeluarkan oleh MKN, boleh klik sini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd