Now Reading
[Video] Gadis ‘Tumbang’ Selepas Pertama Kali Sertai ‘Spin Class’

[Video] Gadis ‘Tumbang’ Selepas Pertama Kali Sertai ‘Spin Class’

Difahamkan mungkin terdapat ototnya yang terkoyak ketika sedang berbasikal.

Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Aktiviti ‘spin class’ atau kelas berbasikal adalah antara senaman yang terkenal pada masa kini terutamanya dalam kalangan wanita.

Kalau anda perasan, kebanyakan ‘spin class’ akan dihiasi dengan lampu neon dan diringi muzik yang kuat. Wah, boleh feeling-feeling macam dalam muzik video Ariana Grande.

Namun jangan lupa untuk buat regangan badan terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa aktiviti fizikal, tak kisahlah bersenam indoor atau outdoor.

Tak boleh berdiri dengan betul

Bercerita tentang ‘spin class’, baru-baru ini seorang gadis yang menyertai kelas berbasikal tersebut mengalami kecederaan sehingga dia tidak mampu untuk berdiri dengan betul.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok (ClaynCreations), gadis itu cuba untuk berdiri seperti biasa tetapi tidak berjaya. Nak berdiri pun susah, apatah lagi nak berjalan.

Dia terpaksa dipapah oleh rakannya dan juga jurulatih kelas berkenaan dan diberitahu bahawa mungkin terdapat ototnya yang terkoyak ketika sedang berbasikal.

Netizen pun risau

Ramai netizen turut meluahkan perasaan risau selepas melihat keadaan gadis tersebut sehingga tidak boleh berdiri dengan betul.

Jangan pandang rendah dengan perkara ini kerana boleh membahayakan tubuh badan.

Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka menyertai ‘spin class’ dan berakhir dengan masalah Rhabdomyolysis sehingga menyebabkan masalah pada buah pinggang dan hati.

Kalau berlaku kejadian seperti ini, lebih baik segera ke klinik untuk berjumpa doktor bagi menerima rawatan.

Nasihat kami, berpada-pada dalam senaman. Badan kita cuma ada satu, jadi gunakan dengan sebaik-baiknya.

BACA JUGA: A Spin Class Landed A Woman In Hospital For A Week. What Happened?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

fourteen + 2 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd