Premis Makanan Dibenarkan Beroperasi 6 Pagi Hingga 10 Malam Bermula Hari Ini, 28 Jun
Operasi premis kedai makan dan restoran sebelum ini hanya dibenarkan bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Semalam (27 Jun), Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa premis menjual makanan boleh dibuka bermula jam 6 pagi hingga 10 malam berkuat kuasa hari ini (28 Jun).
Keputusan ini telah dibuat setelah mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan bagi melanjutkan tempoh operasi disebabkan kekangan masa dan pendapatan yang berkurangan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Selain itu, menurut laporan – Ismail Sabri menjelaskan tiada keperluan untuk mewujudkan satu lagi Pasukan Petugas Khas bagi memantau dan melakukan tindakan terhadap kilang serta premis perniagaan yang melanggar perintah atau Prosedur Operasi Standard (SOP).
Ketika ini Pasukan Petugas Operasi Pematuhan di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menjalankan tugas hampir sama untuk memantau pematuhan SOP di tempat awam termasuk premis perniagaan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga berpandangan, sudah cukup dengan pasukan khas sedia ada di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, and Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.



