[TERKINI] SOP Sambutan Hari Raya Aidilfitri PKP 3.0 Dikemaskini MKN Pada 7 Mei 2021
Antara point penting: Boleh menziarahi rumah pada 1 Syawal tapi tak boleh merentas daerah/negeri.
Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Umum sedia maklum, tahun 2021 merupakan tahun kedua rakyat Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan. Namun, berbezanya tahun ini adalah hanya beberapa buah negeri dan daerah yang kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.
Antaranya, beberapa daerah di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Perak dan Terengganu.
Oleh itu, pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan SOP untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.
SOP Ini Merangkumi:
- Semua masjid, surau dan kawasan yang diisytiharkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
- Pelaksanaan di Wilayah Persekutuan dan rujukan pelaksanaan di negeri lain.
Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan
Sila rujuk perkara yang disenaraikan dalam Senarai Aktiviti Yang Dilarang.
Waktu Operasi & Jumlah Jemaah atau Peserta Dibenarkan
Waktu bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan serta bersesuaian mengikut ketetapan dalam SOP ini dan pihak berkuasa agama negeri dengan penjarakan fizikal dan pematuhan SOP.
1. Solat Sunat Aidilfitri
• Solat Sunat Hari Raya di masjid dan surau adalah DIBENARKAN mengikut ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri.
• Penyertaan jemaah mengikut ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri.
• Kebenaran ini tertakluk kepada laporan sistem amaran awal Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE). TIDAK DIBENARKAN bagi kawasan yang berisiko.
2. Takbir Hari Raya
• Takbir Hari Raya di masjid / surau DIBENARKAN untuk ahli jawatankuasa masjid / surau sahaja.
• Aktiviti takbir dari rumah-ke-rumah TIDAK DIBENARKAN.
3. Jamuan Selepas Solat Sunat Hari Raya
TIDAK DIBENARKAN.
4. Program Ziarah Hari Raya
• Hanya DIBENARKAN pada 1 SYAWAL sahaja TANPA MERENTAS DAERAH / NEGERI.
• Kehadiran tetamu TIDAK MELEBIHI 15 ORANG pada satu-satu masa mengikut kapasiti yang bersesuaian saiz rumah dengan penjarakan fizikal.
• Tuan rumah digalakkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu badan, kod QR MySejahtera untuk pendaftaran atau menyediakan buku pendaftaran kehadiran.
5. Ziarah Tanah Perkuburan
TIDAK DIBENARKAN.
6. Rumah Terbuka atau Majlis Jamuan Hari Raya
TIDAK DIBENARKAN.
7. Etika Ziarah
• Amalkan 3W dan elakkan 3S.
• Elakkan aktiviti bersalaman sesama yang hadir.
8. Kawalan Penularan & Jangkitan
- Mengadakan kaunter di pintu masuk masjid / surau bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran jemaah.
- Pintu masuk hendaklah dihadkan bilangannya bagi memudahkan kawalan.
- Amalkan 3W dan elakkan 3S.
- Kerap melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan ruang wudhu’.
- Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu masa.
9. Kawalan & Pengesahan
- Jawatankuasa masjid / surau hendaklah mempunyai petugas yang mencukupibagimembantukawalanjemaah.
- Kehadiran menggunakan aplikasi MySejahtera atau direkodkan secara manual di dalam buku kehadiran sekiranya tiada capaian internet adalah DIWAJIBKAN.
10. Pengurusan Jemaah
Masjid dan surau hendaklah mewujudkan pasukan petugas untuk mengawal jemaah yang hadir ke masjid dan surau.
11. Etika Jemaah
- Amalkan 3W dan elakkan 3S.
- Elakkan aktiviti bersalaman sesama yang hadir.
- Cara masuk dan keluar masjid mesti mengikut giliran dengan teratur serta menjaga penjarakan yang terkawal.
- Jemaah digalakkan membawa sejadah sendiri.
- Jemaah dipastikan terus bersurai dalam keadaan tenang.
- Jemaah hendaklah mengambil wudhu’ di rumah, namun dibenarkan memperbaharuinya di masjid / surau.
SOP Hari Raya Aidilfitri untuk kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 ini telah dikemaskini pada 6 Mei 2021, Khamis.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.