Imbas Suhu Tidak Lagi Wajib – KJ
Tapi kalau tak sihat atau bergejala, sila duduk di rumah. #StayHomeStaySafe
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Jika sebelum ini, mengimbas suhu dan MySejahtera adalah diwajibkan buat kesemua rakyat Malaysia yang ingin masuk ke mana-mana premis.
Walau bagaimanapun, SOP pengimbasan suhu kini telah dimansuhkan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa selepas ini individu yang ingin masuk ke mana-mana premis tidak perlu lagi mengimbas suhu sebaliknya memadai sekadar merekodkan butiran diri menerusi imbas menggunakan aplikasi MySejahtera.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata untuk memansuhkan prosedur operasi standard (SOP) itu, perkara tersebut akan dipinda terlebih dahulu dalam sesi Mesyuarat Kuartet Covid-19 sebelum dibawa ke mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).
KKM juga bersetuju untuk mengeluarkannya. Ini adalah membabitkan pengumuman SOP seluruh negara yang mana perkara ini akan dibawa ke mesyuarat MKN. Tetapi KKM telah bersetuju supaya kita keluarkan penggunaan wajib pengimbas suhu daripada SOP.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Khairy turut berkata bahawa langkah ini dilakukan berikutan KKM mendapati ia bukan langkah yang boleh mengekang penularan virus tersebut.
Beliau bagaimanapun menasihati mereka yang tidak sihat dan bergejala supaya kekal berada di rumah bagi membendung penularan penyakit.
Selepas kami melihatnya…sebenarnya, ia tidak menjadi satu langkah yang boleh mengekang penularan COVID-19. Maksud saya, tidak ada kaitan. Nasihat saya, jika anda tidak sihat…kalau sesiapa bergejala jangan keluar. Itu saja. Tidak perlu lagi uji suhu sesiapa lagi.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Anda masih boleh mengimbas suhu, namun ia kini tidak diwajibkan lagi.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.



