Now Reading
Pavilion KL Rai Aidilfitri Dengan Tema ‘Eid In Harmony’ Tahun Ini

Pavilion KL Rai Aidilfitri Dengan Tema ‘Eid In Harmony’ Tahun Ini

Pavilion KL meraikan Aidilfitri dengan ‘Eid In Harmony’, pameran silang budaya antarabangsa dengan kerjasama Kedutaan Iran.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pavilion REIT Malls teruja untuk mengalu-alukan kehadiran pengunjung bagi menyambut Hari Raya dengan pengalaman membeli-belah pada musim perayaan, majlis buka puasa, saat yang menyeronokkan serta ganjaran menarik menanti.

Pavilion KL, destinasi membeli-belah utama Malaysia sekali lagi menampilkan sebuah dinamik antarabangsa untuk sambutan perayaannya.

Bekerjasama dengan Kedutaan Iran buat pertama kali, ‘Eid In Harmony’ ialah pameran silang budaya antarabangsa yang meraikan warisan, budaya dan tradisi Malaysia dan Iran.

Selepas pameran produk asli Iran di samping aktiviti interaktif di Centre Court, Pavilion KL bersempena sambutan Tahun Baru Parsi dari 2 – 7 April lalu, Pavilion KL kini berubah wajah bagi meraikan sambutan Hari Raya.

Pameran budaya Malaysia dan Iran menerusi dekorasi perayaan, hadiah, aktiviti, dan pengalaman membeli-belah tersedia di sana sehingga 16 Mei.

Pavilion KL turut berbangga dapat bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Kraftangan Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam mempersembahkan kraftangan, seni dan budaya Malaysia yang menakjubkan – di samping mempromosikan seni ketukangan tempatan Malaysia di ‘Eid in Harmony’ Marketplace.

Untuk pengalaman membeli-belah unik di Centre Court, pembeli-belah boleh memilih mana-mana hadiah dan cenderahati Hari Raya daripada pelbagai hasil kraftangan Malaysia dan Iran yang dijual.

Terdapat banyak aktiviti mengasyikkan untuk disertai pembeli-belah, antaranya:

  • Demonstrasi tenunan permaidani Parsi secara langsung yang pertama di Malaysia.
  • Bengkel penganamelan kraftangan tembaga.
  • Persembahan muzik dan tarian daripada kedua-dua budaya.

Dengan sempadan Malaysia kini dibuka kepada pengunjung antarabangsa, kami menjangkakan impak berganda dapat dilihat pada beberapa sektor berkaitan pelancongan. Penerbangan akan disambung semula, penghunian bilik hotel kian meningkat, dan sebagai destinasi membeli-belah utama Malaysia, kami yakin pengunjung kami turut bertambah dengan ketara. Pavilion KL menantikan detik yang ditunggu ini dengan satu lagi kempen perayaan yang hebat buat pengunjung kami.

Dato’ Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif Peruncitan, Pavilion KL.

Pelancaran Rasmi ‘Eid In Harmony’

‘Eid In Harmony’ telah dilancarkan secara rasmi hari ini oleh Tetamu Kehormat Datuk Saraya Arbi, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan bersama H.E. Ali Asghar Mohammadi, Duta Besar Iran ke Malaysia, Dato’ Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif Peruncitan Pavilion KL, Encik Khairul Azmir Ahmad, Pengarah Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL dan Encik B. Ravintharan, Ketua Kad, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Kumpulan Maybank.

Selepas pelancaran tersebut, tetamu dihidangkan dengan Pertunjukan Fesyen Islam Malaysia penuh warna warni oleh Yayasan Tuanku Nur Zahirah dan kemudiannya lawatan eksklusif ke gerai-gerai ‘Eid in Harmony’.

Iran dan Malaysia berkongsi nilai Islam dan tradisi Asia yang sama dalam mendukung rasa hormat terhadap keluarga dan masyarakat. Wacana budaya adalah segalanya tentang persepsi tepat tentang orang lain menerusi pemahaman lebih baik dan menghormati yang lain. Saya percaya dengan diplomasi budaya yang aktif dan bermakna menerusi pertukaran idea, nilai dan tradisi; dan semestinya dengan seni persembahan, muzik secara langsung, tayangan filem, kraftangan, makanan dan pelancongan, kita akan dapat mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam dan menyaksikan keindahan dan kepelbagaian budaya lain. Saya juga sangat gembira dan bersyukur kerana kedua-dua entiti kerajaan dan swasta menyokong penambahbaikan program kebudayaan dan penglibatan intelektual kami ini.

 H.E. Ali Asghar Mohammadi, Duta Besar Republik Islam Iran ke Malaysia.

Beli Kelengkapan Raya, Terima Ganjaran Menarik!

Pelbagai juadah perayaan dan pengalaman membeli-belah menanti di Pavilion KL sempena musim perayaan ini.

Dapatkan baju Raya bergaya idaman anda di Variante, padankan dengan tudung menawan dari Arzu atau dUCk dan dapatkan wangian khas anda dari Arabian Oud.

Untuk menghiburkan hati anda, saksikan filem blockbuster terbaharu di Dadi Cinema, kemudian lengkapkan hari anda dengan hidangan berbuka puasa Timur Tengah yang lazat di Restoran Al Halabi Gourmet dan kunjungi kafe terbaharu Pavilion KL The Coffee Academïcs untuk kopi dan pencuci mulut.

Dapatkan ganjaran apabila anda membeli-belah pada musim perayaan ini!

Dengan perbelanjaan minimum RM150 (atau RM100 dengan Kad Kredit atau Caj Maybank), pembeli akan menerima sampul Raya eksklusif diilhamkan daripada motif seni bina Iran dan Malaysia.

Baucar makan RM20 percuma juga turut diberikan untuk perbelanjaan minimum RM200 dan dengan perbelanjaan minimum RM300, pembeli-belah akan menerima set peralatan mandian dan set hadiah.

Dengan Maybank sebagai rakan kongsi perbankan rasmi Pavilion KL untuk tahun 2022, pemegang kad akan menerima 1 Set Kelengkapan Makan Corelle Livingware percuma dengan pembelian RM1,000 dalam satu resit serta Vision Casserole Dish dengan setiap pembelian RM2,000.

Menarik kan?!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd