JPJ Beri 70% Diskaun Saman Selama 2 Bulan Sempena Ulang Tahun Ke-75
Diskaun ini akan dilakukan selama dua bulan bermula dari 13 April hingga 13 Jun 2021. Bayar jangan tak bayar.


Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong telah mengumumkan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menawarkan potongan 70% untuk saman kompaun sempena meraikan ulang tahun mereka yang ke-75.
Potongan harga akan dilakukan selama dua bulan bermula dari 13 April hingga 13 Jun 2021.
Kalau tak nak kena ‘blacklist’, boleh mula bayar
Mereka yang mempunyai saman yang masih belum dijelaskan bakal disenaraihitam dan ia akan menyebabkan anda menghadapi masalah untuk memperbaharui lesen memandu atau cukai jalan.
Diskaun ini juga akan meringankan beban untuk membayar saman dan pada yang sama boleh mengeluarkan nama anda dari senarai hitam pihak JPJ.
Contohnya, dengan diskaun ini, pemandu kenderaan hanya perlu membayar RM45 untuk membayar saman bernilai RM150.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong
Terdapat lebih kurang 3.5 juta saman aktif yang dikenal pasti bermula dari tahun 2010 hingga Mac tahun ini. Saman banyak, diskaun pun banyak.
Untuk anda yang ingin menyemak saman aktif dalam tempoh diskaun masih berjalan, boleh klik SINI.
Ada saman PDRM juga?
Eh, saman polis pun ada diskaun juga. Potongan harga sebanyak 50% boleh didapati di aplikasi MyBayar Saman sehingga 14 April 2021. Cepat, ada beberapa hari lagi untuk bayar saman PDRM!
Anda boleh menyemak sama ada anda mempunyai saman PDRM yang belum selesai di SINI.
Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.