Gempa Bumi 7.4 Magnitud Di Taiwan, Paling Buruk Dalam Tempoh 25 Tahun
Rakaman semasa gempa bumi di Taiwan itu berlaku turut tular di media sosial sekali gus meraih perhatian daripada seluruh dunia termasuk Malaysia.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Gempa bumi besar berukuran 7.4 magnitud melanda pantai timur Taiwan, pagi ini (3 April) menjadikan ia gempa yang terkuat dalam tempoh 25 tahun.
Menurut Biro Cuaca Pusat, pusat gempa itu berada di perairan kira-kira 18km ke selatan daerah timur Hualien dan 138km dari Taipei.
Difahamkan, kesan gempa bumi juga dirasai di Jepun dan luar pantai timur tanah besar China termasuk di Shanghai, Suzhou, Shenzhen, Guangzhou dan Shantou.
Amaran tsunami di China, Filipina dan Jepun
Amaran bencana alam tsunami juga telah dikeluarkan di pulau-pulau itu serta di tanah besar China dan Filipina.
Sementara itu, agensi Meteorologi Jepun telah mengeluarkan amaran tsunami untuk pulau Miyakojima dan Okinawa serta amaran ombak setinggi tiga meter dijangka berlaku dalam masa terdekat.
1 mangsa terkorban dan puluhan yang lain cedera setakat ini
Memetik laporan Reuters pula, sekurang-kurangnya seorang mangsa dilaporkan terkorban dan lebih 50 mangsa yang lain mengalami kecederaan akibat runtuhan bangunan.
Jabatan Bomba Taiwan mengatakan seorang individu terkorban kerana disyaki tertimbus dalam runtuhan bangunan di daerah pedalaman, timur Hualien.
20 mangsa terperangkap dan 26 bangunan runtuh
Dalam bencana itu, 26 bangunan dilaporkan runtuh menyebabkan kira-kira 20 orang terperangkap dan kerja menyelamat juga sedang giat dijalankan.
Rakaman semasa gempa bumi itu berlaku turut tular di media sosial sekali gus meraih perhatian daripada seluruh dunia termasuk Malaysia.
🚨#BREAKING: Multiple buildings have collapsed after a Pair of Massive 7.5 Earthquakes Strikes Triggering Tsunami Warnings
— R A W S A L E R T S (@rawsalerts) April 3, 2024
📌#Taipei | #Taiwan
Currently, a pair of powerful, massive earthquakes has just occurred. The first one measured a magnitude of 7.5, followed by a 7.4… pic.twitter.com/XCKd7ocjel
Sementara itu, Jabatan Metreologi Malaysia (MET Malaysia) menerusi satu kenyataan sebentar tadi menyatakan bahawa tiada ancaman tsunami akan berlaku di negara ini.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.