Now Reading
[Video] “Berkat Doa Ibu” – Pemuda Menang Pakej Umrah Dari Bulan Bintang Dengan ‘Bantuan’ Ibu

[Video] “Berkat Doa Ibu” – Pemuda Menang Pakej Umrah Dari Bulan Bintang Dengan ‘Bantuan’ Ibu

Sebelum membuat penebusan hadiah bertuah, wanita tersebut telah membaca doa tawakal yang biasa diamalkan ketika keluar dari rumah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam persediaan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang April ini, pelbagai jenama telah mengeluarkan busana raya baharu.

Demi lebih menonjol berbanding ratusan saingan di pasaran, sesetengah jenama tampil dengan kelainan yang tersendiri.

Jenama pakaian terkemuka, Bulan Bintang, tidak ketinggalan dalam hal ini apabila hadir dengan kempen ‘The Terrrrpaling Raya Bulan Bintang’.

Bagi kempen ini, Bulan Bintang memperuntukkan RM11 juta dan menawarkan pelbagai hadiah cabutan bertuah bagi pelanggan termasuk telefon pintar, motosikal, kereta, malah pakej umrah dan percutian.


Ibu Baca Doa Sebelum Tekan Butang ‘Tebus’

Dengar-dengarnya dah ada beberapa individu yang memenangi hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan Bulan Bintang!

Baru-baru ini, pengguna TikTok (@madakmal_) telah memuat naik video yang memaparkan dia memenangi pakej menunaikan umrah dalam cabutan bertuah tersebut.

Memandangkan terdapat satu beg kertas Bulan Bintang pada latar belakang, dia mungkin baru sahaja membeli pakaian jenama tersebut ketika itu.

Video sama menunjukkan ibu kepada pengguna TikTok berkenaan yang telah menekan butang ‘tebus’ di laman web cabutan hadiah.

Sumber: @madakmal_/ TikTok

Pengasas Bulan Bintang Ucap Tahniah

Sebelum menekan butang ‘tebus’, kedengaran wanita itu membaca satu doa. Ringkas je doanya, tapi padat.

Tanpa disangka, mereka telah memenangi pakej umrah! Kedengaran mereka menjerit terkejut sambil memuji-muji Allah SWT seperti tidak percaya dengan perkara tersebut.

“Ya Allah, ya Tuhanku,” kata wanita itu.

Video yang tular itu turut menerima ucapan tahniah daripada pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi yang lebih dikenali sebagai Meri. Katanya, dia berasa sebak setiap kali melihat video itu.

Sumber: @madakmal_/ TikTok

Berkat Doa Seorang Ibu

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai berkata hadiah pakej menunaikan umrah dimenangi berkat doa seorang ibu.

Beberapa individu turut berkata bahawa seorang pemenang sebelum ini telah berjaya memenangi hadiah kereta apabila menggunakan nama ibunya di dalam borang cabutan bertuah.

Malah, seorang individu juga dikatakan telah memenangi hadiah pakej umrah kerana memasang niat untuk mendahulukan ibadah itu buat ibunya.

Sumber: @madakmal_/ TikTok

Amalkan Membaca Doa Setiap Kali Keluar Dari Rumah

Menerusi video tersebut, kedengaran ibunya membaca doa tawakal yang biasa diamalkan sewaktu keluar dari rumah.

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّه

Maksudnya: “Dengan nama Allah, aku bertawakal (berserah diri) kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah.”

Selain untuk mendapatkan perlindungan dari Allah SWT sewaktu berada di luar rumah, doa ini juga boleh diamalkan bagi perkara berikut:

  1. Diberikan petunjuk oleh Allah SWT atas segala urusan kita
  2. Diberikan kecukupan dalam semua perkara
  3. Dilindungi daripada godaan dan kejahatan syaitan
  4. Dilindungi dari segala bahaya, musibah dan bala bencana
https://www.tiktok.com/@madakmal_/video/7347642686599384328

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd