Now Reading
Ibu & Dua Anak Perempuan Ditemukan Mati Tergantung Pada Kipas, Suami Ditahan

Ibu & Dua Anak Perempuan Ditemukan Mati Tergantung Pada Kipas, Suami Ditahan

Seorang lelaki telah memaklumkan penemuan ketiga beranak itu di sebuah taman perumahan di Lenggeng, Nilai kepada pihak polis sekitar jam 9.25 malam tadi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seorang ibu bersama dua anak perempuannya ditemukan mati dalam keadaan tergantung pada kipas di sebuah rumah di Lenggeng, Nilai, malam tadi (19 Februari 2024).

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim, Balai Polis Lenggeng telah menerima satu panggilan telefon mengenai insiden terbabit. Panggilan telefon itu dilakukan seorang lelaki sekitar jam 9.25 malam hari sama.

Pihak polis dimaklumkan oleh lelaki terbabit bahawa terdapat seorang wanita dan dua kanak-kanak mati tergantung di sebuah taman perumahan, lapor Berita Harian.

“Lelaki itu memaklumkan terdapat seorang wanita dan dua kanak-kanak ditemui mati tergantung di sebuah taman perumahan.”

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim.

“Hasil siasatan awal mendapati si mati seorang wanita berumur 34 tahun dan dua kanak-kanak perempuan berusia tiga serta enam tahun dijumpai mati tergantung di kipas,” maklum Abdul Malik dalam satu kenyataan.


Polis Jumpa Nota Ingin Bunuh Diri

Dalam pada itu, pihak polis turut menemukan satu nota di tempat kejadian.

Di dalam nota tulisan si mati, dinyatakan hasrat mahu membunuh diri kerana berdepan masalah rumah tangga, lapor FMT.

“Turut ditemukan di tempat kejadian adalah nota yang menyatakan hasrat mahu membunuh diri kerana masalah rumah tangga.”

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim.

Suami Mangsa Ditahan Bagi Membantu Siasatan

Sehubungan dengan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Nilai telah menahan suami mangsa sekitar jam 1 pagi tadi.

Suami mangsa yang merupakan seorang juruteknik dalam lingkungan 30an ditahan bagi membantu kes yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati secara pilihan.

Lelaki tersebut direman selama empat hari sehingga 23 Februari depan, selepas permohonan reman dibenarkan Mahkamah Majistret Seremban pagi tadi.


Jika anda atau sesiapa sahaja yang dikenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami menyediakan beberapa sumber yang boleh membantu masalah tersebut:

  • MALAYSIAN MENTAL HEALTH ASSOCIATION (MMHA) @+6 03 2780 6803 | 
    E-mail: admin@mmha.org.my | Website: https://mmha.org.my/
  • BEFRIENDERS @ KL: +6 03 7956 8145 (24 hours), Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm), Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight) | E-Mail: sam@befrienders.org.my | Website: https://www.befrienders.org.my/
  • ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM) @ Telenita helpline: +6 03 7877 0224 | 
    E-Mail: awam@awam.org.my | Website: https://www.awam.org.my

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd