Now Reading
Bomba Berjaya Selamatkan Lelaki Cuba Terjun Dari Menara Kuala Lumpur

Bomba Berjaya Selamatkan Lelaki Cuba Terjun Dari Menara Kuala Lumpur

Cubaan bunuh diri itu difahamkan yang pertama kali berlaku di menara ikonik tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Menurut laporan media tempatan, sebanyak 638 kes bunuh diri dilaporkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh dari bulan Januari sehingga Julai tahun 2021.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan jumlah itu meningkat 1.4 kali ganda berbanding 262 kes sahaja pada tempoh yang sama tahun 2020.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengambil langkah untuk membendung kejadian bunuh diri dengan mewujudkan talian bantuan sokongan psikososial serta meningkatkan jumlah Pegawai Psikologi Kaunseling.

Kes ini sudah semestinya dipandang serius oleh masyarakat kerana melibatkan nyawa seseorang.

Cubaan membunuh diri

Baru-baru ini, seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun dipercayai membuat percubaan membunuh diri di Sky Deck Menara Kuala Lumpur.

Cubaan bunuh diri itu dikatakan pertama kali berlaku di menara tersebut.

Lelaki berkenaan yang dilihat tidak berkasut berdiri di Sky Deck yang berketinggian 300 meter tanpa memakai sebarang alat keselamatan.

Kredit: Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan pihak mereka menerima laporan tentang kejadian pada jam 5.11 petang semalam (16 Disember).

Berikutan kejadian itu, seramai 25 anggota bomba serta tiga jentera dari Balai Bomba Dan Penyelamat Hang Tuah dan Pudu dikerahkan ke lokasi kejadian.

Kredit: Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia

Operasi menyelamatkan mangsa dianggarkan mengambil masa hampir satu jam setengah.

Mangsa dibawa ke tempat selamat terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


Jika anda atau sesiapa sahaja yang dikenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami menyediakan beberapa sumber yang boleh membantu masalah tersebut:

1) MALAYSIAN MENTAL HEALTH ASSOCIATION (MMHA) @+6 03 2780 6803 | E-mail: admin@mmha.org.my | Laman web: https://mmha.org.my/
2) BEFRIENDERS @ KL: +6 03 7956 8145 (24 jam), Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm), Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight) | E-Mail: sam@befrienders.org.my | Laman web: https://www.befrienders.org.my/
3) ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM) @ Telenita helpline:  +6 03 7877 0224 | E-Mail: awam@awam.org.my | Laman web: https://www.awam.org.my


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd