Now Reading
Suami Mengadu Isteri Nekad Mahu Ke Luar Negara Kerana Kerja, Risau Kerana Staf Semua Lelaki & Tempat Agak Bahaya

Suami Mengadu Isteri Nekad Mahu Ke Luar Negara Kerana Kerja, Risau Kerana Staf Semua Lelaki & Tempat Agak Bahaya

Isterinya bertegas mahu ke luar negara untuk urusan kerja kerana melihatnya sebagai peluang untuk mengembangkan bidang kerjayanya.

Suami Mengadu Isteri Berdegil Mahu Ke Luar Negara Atas Urusan Kerja, Risau Kerana Staf Semua Lelaki & Tempat Agak Bahaya

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Setiap pasangan suami isteri tidak dapat lari daripada cabaran serta dugaan dalam rumah tangga masing-masing.

Ada pasangan yang diuji dari segi kewangan, masalah kesuburan, hubungan dengan keluarga mentua dan sebagainya.

Walau apa jua masalah yang datang, pasangan suami isteri perlu berusaha sedaya upaya untuk menguruskannya seperti orang dewasa.

Gambar sekadar hiasan.

Suami Minta Isteri Berhenti Bekerja Untuk Bantu Jaga Anak-anak Masih Kecil, Tetapi Isteri Berkeras Mahu Cari Rezeki Juga

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Twitter (@twtmalaywedding), seorang suami yang tidak mahu dirinya dikenali meluahkan perasaan melalui pesanan mesej tentang keadaan rumah tangga yang sedang bergolak.

Difahamkan dia dan isterinya yang berumur 29 tahun sudah lima tahun berkahwin dan sudah mempunyai dua orang anak berusia enam bulan dan juga empat tahun.

Kini, kedua-dua daripada mereka bekerja dan mempunyai jumlah gaji hampir sama. Walau bagaimanapun, si suami meminta agar isterinya berhenti bekerja untuk menjaga anak-anak mereka.

Lelaki tersebut yang bekerja di sektor kerajaan mengikut ‘shift’ mengakui sering tidak dapat berehat kerana perlu terus menjaga anaknya selepas pulang dari kerja memandangkan isteri yang bertugas dalam sektor swasta sedang bekerja.

Saya tak pernah halang isteri kerja tapi keadaan ni sangat memaksa. Prestasi kerja saya merudum sebab tak cukup rehat jaga anak-anak sakit. Dalam sebulan, hanya empat hingga lima hari sahaja mereka ke taska kerana hari lain anak duduk rumah sebab tak sihat. Bazir bayar yuran RM1,100 sebulan.

Suami.

Namun, permintaannya agar si isteri berhenti bekerja tidak diendahkan. Selepas mendapat kesepakatan dua-dua belah pihak, lelaki ini membenarkan isterinya bekerja dengan syarat dia perlu bantu membayarkan sedikit yuran taska anak-anak dalam linkungan RM1,100.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Freepik)

Suami Luah Rasa Bingung Dengan Sikap Isteri Berkeras Mahu Pergi Ke Luar Negara Untuk Urusan Kerja

Kemudian, timbul isu lain pula apabila si isteri menzahirkan hasrat mahu pergi ke luar negara atas tujuan bekerja.

Tuntutan kerja itu membimbangkan si suami kerana negara tersebut dikatakan agak bahaya dan kesemua pekerja yang juga ke sana adalah staf lelaki.

Bukan itu sahaja, dia juga risau tentang urusan penjagaan anak-anak jika terpaksa bekerja pada shift malam kerana tiada sesiapa yang boleh menjaga anak kecilnya.

Oleh kerana itu, lelaki ini meminta isterinya untuk tidak pergi. Tetapi sebaliknya pula yang berlaku apabila isterinya masih berdegil mahu ke luar negara.

Ada sekali saya naikkan suara dan marah isteri sebab dia masih tak faham kenapa saya tak bagi dia pergi. Dia menangis dan cakap saya tak considerate. Saya dah bagi kebenaran untuk dia bekerja walaupun beberapa kali sebelum ini gaduh besar saya tak bagi dia bekerja. Tapi saya mengalah bagi bekerja juga.

Suami.

Si suami ada memujuk isterinya untuk tidak pergi ‘outstation’ dan akan cuba mengumpul duit sama-sama bercuti ke luar negara pada masa akan datang. Tetapi isterinya tetap mahu pergi selepas melihat kepada peluang untuk mengembangkan kerjayanya.

Saya siap pujuk. Kalau teringin sangat nak pergi kita kumpul duit sama-sama in future kita pergi sama-sama bercuti. Tapi dia tetap nak pergi sebab peluang tak banyak. Ada career growth. Saya faham tapi saya ada perasaan kurang senang.

Suami.

Pasangan ini difahamkan cuba berikhtiar dengan menggunakan khidmat kaunselor untuk menyelesaikan masalah yang bergelut dalam rumah tangga mereka.


Netizen Beri Pandangan Masing-masing Berkaitan Isu Tersebut

Luahan perasaan oleh lelaki tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial.

Ada yang memihak kepada si suami dan ada juga yang ‘back up’ isterinya. Yang bersikap ‘neutral’ pun tidak kurangnya.

Sesetengah netizen berpendapat mungkin masalah yang berlaku ini adalah dugaan rumah tangga dan mereka perlu banyakkan berdoa kepada Allah SWT.

Namun, segelintir masyarakat pula menganggap tidak salah untuk si isteri bekerja tetapi perlulah patuh pada arahan suami seperti mana yang diwajibkan dalam agama Islam.


Setiap masalah, pasti akan ada penyelesaiannya. Semoga pasangan suami isteri ini dapat berbincang dengan satu sama lain dan mencapai kata sepakat yang membawa kebaikan kepada rumah tangga mereka pada masa akan datang.

Apabila suami bersikap bertanggungjawab dan isteri seorang yang taat, maka akan mudahlah pasangan ini untuk membina keluarga yang bahagia.

Bagi mengukuhkan lagi hubungan antara suami dan isteri, jadilah individu yang berguna untuk satu sama lain.

Ulanglah perkara yang sama iaitu isteri yang taat dan suami yang bertangungjawab. In Shaa Allah segalanya dipermudahkan.

BACA JUGA: Ini Antara Nasihat Kewangan Buat Mereka Yang Bakal Berkahwin

BACA JUGA: 5 Fasa Perkahwinan Ini Wajib Diketahui, Terutama ‘Power Struggle’. Paling Digeruni!

BACA JUGA: Kenapa Penting Untuk Bakal Suami Dengar Khutbah Soal Nikah? Ini Sebabnya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd