Now Reading
Program ‘Back To School’: Nestlé Perluas Sokongan Kepada 2,600 Pelajar Memerlukan Seluruh Malaysia

Program ‘Back To School’: Nestlé Perluas Sokongan Kepada 2,600 Pelajar Memerlukan Seluruh Malaysia

Secara keseluruhan, Nestlé Malaysia menyumbang RM13 juta untuk inisiatif sokongan kemasyarakatan pada 2023, meneruskan usaha yang dilaksanakannya pada tahun-tahun lepas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jenama makanan dan minuman terkenal, Nestlé Malaysia sekali lagi mengukuhkan komitmennya untuk membawa kesan positif kepada kehidupan rakyat Malaysia yang memerlukan.

Menerusi inisiatif Kembali ke Sekolah tahun ini, Nestle Nestlé Malaysia telah membantu seramai 2,600 murid sekolah rendah yang kurang berkemampuan di seluruh negara sebagi persediaan untuk memulakan tahun akademik 2024 yang bakal bermula tidak lama lagi.

Nestlé sediakan kelengkapan sekolah bernilai RM800,000

Seramai 50 Sukarelawan Nestlé Cares dan Empire Project telah bersama-sama menyediakan 2,600 pek barangan kelengkapan sekolah bernilai RM800,000 termasuk:

  • Beg
  • Pakaian seragam
  • Kasut
  • Stoking
  • Alat tulis.

Inisiatif ini dijangka memanfaatkan kanak-kanak yang datang daripada keluarga yang memerlukan termasuk anak yatim, anak ibu bapa tunggal dan banduan, kanak-kanak berkeperluan khas dan beberapa masyarakat Orang Asli serta pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

1,500 isi rumah akan terima ‘beg hadiah’ berupa produk berkhasiat

Di samping itu, sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, sebanyak 1,500 isi rumah juga menerima beg hadiah Nestlé yang mengandungi produk berkhasiat seperti Nestlé EVERYDAY, NESTUM, MILO Activ-Go dan banyak lagi.

Meluaskan inisiatif ke Malaysia Timur, sebanyak 10 sekolah di Sabah dan Sarawak juga menerima peralatan sukan yang boleh dimanfaatkan oleh 500 pelajar untuk menggalakkan aktiviti fizikal dan sukan.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif tahunan Kembali Ke Sekolah Nestlé Malaysia, 2,600 pelajar kurang bernasib baik dari sekolah rendah di seluruh negara menerima kelengkapan sekolah untuk bersiap sedia memulakan tahun akademik 2024

Tambahan lagi, Nestlé Malaysia berganding bahu dengan Jabatan Penjara Pusat Kota Kinabalu untuk membekalkan beg sekolah bersama produk makanan dan minuman kepada hampir 200 anak-anak banduan dan komuniti B40 sekitar di Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols berkata, pihaknya mempunyai tanggungjawab sosial untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Inisiatif Kembali Ke Sekolah Nestlé Cares sejajar dengan matlamat kami untuk membuka peluang bagi belia dan dalam tempoh lebih sedekad lepas, hampir 10,000 pelajar Malaysia telah menerima bantuan menerusi program ini. Pada tahun ini, kami teruja untuk meluaskan capaian kepada lebih ramai pelajar di seluruh negara, dan kami ingin terus membawa kesan positif kepada lebih ramai kanak-kanak pada masa depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranol

Inisiatif Kembali Ke Sekolah Nestlé Cares adalah salah satu daripada pelbagai cara bagaimana Nestlé membawa impak yang bermakna dalam kehidupan ramai rakyat Malaysia, sambil menyemai semangat sukarelawan dalam kalangan kakitangan.

Sebelum ini Nestlé juga telah membantu dalam usaha meringankan beban mangsa banjir menerusi kerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dengan membekalkan keperluan asas kepada kumpulan penduduk yang terjejas.

Sukarelawan Nestlé Cares mengagihkan pek barangan kelengkapan sekolah di Sekolah Kebangsaan Seneng, Bachok, Kelantan

Nestlé melaksanakan pelbagai program pengayaan masyarakat, termasuk menyokong komuniti peladang dan usahawan tempatan, menyediakan pendidikan pemakanan untuk masyarakat setempat, dan menerajui program kelestarian alam sekitar, di samping inisiatif lain untuk membina masa depan yang lebih cerah.

Secara keseluruhan, Nestlé Malaysia menyumbang RM13 juta untuk inisiatif sokongan kemasyarakatan pada 2023, meneruskan usaha yang dilaksanakannya pada tahun-tahun sebelumnya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd