Now Reading
Ahli Keluarga Sokong Kenyataan Lelaki Dakwa Ditipu ‘Tunang’ Di Hari Pernikahan

Ahli Keluarga Sokong Kenyataan Lelaki Dakwa Ditipu ‘Tunang’ Di Hari Pernikahan

Apa yang lebih teruk adalah tunang lelaki itu didakwa masih berstatus isteri orang dan mempunyai dua orang cahaya mata.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap pasangan kekasih di dunia ini pasti mahu hubungan yang terjalin diakhiri dengan mendirikan rumah tangga. Namun, ia bukanlah satu perkara yang mudah.

Ada segelintir terutamanya buat mereka yang sedang bertunang akan diuji dengan ujian yang berat namun ada juga yang menerima nasib malang apabila ditipu oleh pasangan sebelum melangsungkan perkahwinan.

Lelaki Terkejut Tiada Tempahan Homestay Buat Keluarga

Terbaharu, seorang lelaki meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila majlis perkahwinan yang dirancang tidak menjadi kenyataan.

Menerusi hantaran di Facebook Nurul Aiman, dia mendakwa ditipu oleh tunangnya apabila majlis akad nikah dan persandingan yang sepatutnya berlangsung pada 10 dan 11 November 2023 tidak menjadi apabila wanita tersebut menghilangkan diri.

Detik malang itu mula terbongkar apabila dia dan rombongan keluarganya seramai 22 orang dari Kuching, Sarawak tiba di Daro pada 9 November menuju ke homestay yang kononnya telah ditempah oleh tunangnya itu.

Namun, apa yang mengejutkan adalah tiada tempahan di buat oleh wanita berkenaan bagi tarikh tersebut hingga menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan wangnya sendiri bagi membayar homestay tersebut.

Tiada Persiapan Kahwin Dibuat Di Rumah Keluarga Perempuan

Lebih mengejutkan, pada hari pernikahan, Aiman dan keluarganya mendapati tiada persiapan majlis dibuat di kediaman tunangnya itu.

Sudah mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena berlaku, dia mengambil langkah bertanyakan mengenai pasangannya dengan jiran bersebelahan rumah.

“Sampai je dekat situ dah rasa pelik sebab macam tiada apa-apa sambutan, Kosong! Persiapan majlis langsung tiada. Aku cuba la call bakal pengantin perempuan dengan bapa dia, dua-dua tak boleh call.

“Alamat betul, tapi rumah tiada orang. Memang dah agak dah ada sesuatu yang tak kena. Kitorang decide nak pergi rumah jiran sebelah tu. Rupanya tuan rumah sebelah tu mak saudara si pengantin perempuan.

“Jadi kitorang bagitahu la tujuan datang dan tanya pasal pengantin perempuan. Kitorang tanya la sama ada kenal tak dengan pengantin perempuan tu. Bertambah geram dan terkejut bila diorang bagitahu nama sebenar dia,” tulis Aiman menerusi hantaran tersebut.

Tunang Sebenarnya Isteri Orang & Mempunyai Dua Anak

Dakwanya lagi, keadaan menjadi lebih parah sebaik mengetahui tunangnya itu yang juga seorang penjawat awam sebenarnya masih berstatus isteri orang dan mempunyai dua orang cahaya mata.

Malah, dia turut berasa kecewa apabila bapa wanita berkenaan turut bersubahat dan membiarkan wanita itu bertunang dengannya pada 12 Oktober 2022.

Kesal dan berasa tertipu dengan tindakan dan perlakuan wanita berkenaan, Aiman telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

Malah, dia turut memohon majikan tunangnya yang didakwa bekerja sebagai badan beruniform itu mengambil tindakan tegas terhadap wanita berkenaan.

Foto: Tangkap Layar Facebook
Foto: Tangkap Layar Facebook
Foto: Tangkap Layar Facebook

Ada Warganet Percaya, Ada Yang Anggap Tipu

Hantaran tersebut nyata mendapat respon daripada pelbagai pihak. Ramai yang bersimpati dengan apa yang dihadapi oleh lelaki berkenaan. Kebanyakannya mengecam tindakan wanita dan keluarganya yang sanggup menganiaya dan mengkhianati lelaki itu.

Walau bagaimanapun, tular dakwaan yang kononnya lelaki itu hanya delusi dan mereka cerita semata-mata.

Bahkan ada yang mendakwa mendapat perkhabaran daripada keluarga perempuan bahawa hubungan mereka sebenarnya berlangsung pada lapan tahun lalu namun ianya tidak menjadi.

Foto: Tangkap Layar Facebook

Namun, dakwaan ini disangkal daripada penggubah hantaran dan ahli keluarga lelaki yang tampil menjelaskan perkara sebenar selain mengemukakan bukti bergambar serta tarikh.

Bahkan, pemilik homestay turut tampil mengesahkan rombongan lelaki memang ada menginap di sana.

PLOT TWIST ? CERITA 8 TAHUN LEPAS ? INI BUKTI ! SETIAP GAMBAR ADA TARIKH . 8 tahun lepas ada covid ? 😅 abang aku 8 tahun lepas umur 20tahun kalau ada akal yg waras boleh fikir mana betul mana salah 😊

Posted by Nisa Sha on Monday, 13 November 2023

Namun, sejauh mana kebenaran kisah ini hanya mereka berdua dan keluarga sahaja tahu.

Berikut antara komen netizen:

Tabahkan Hati Aiman

Dasyat Orang Sekarang Menipu, Siap Bertunang

Semoga Segala Urusan Dipermudahkan

Saman Malu Terus

Boleh Saman Je Perempuan Tu

Baca Artikel Berkaitan: Bakal Suami ‘Lesap’ Saat Ijab Kabul, Bapa Mentua Terpaksa Nikahi Pengantin Perempuan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd