Now Reading
Kongsi Foto Bersama Anak Lelaki, Anak Bujang DG Hisham Curi Tumpuan Wanita

Kongsi Foto Bersama Anak Lelaki, Anak Bujang DG Hisham Curi Tumpuan Wanita

Perkongsian terbaharu DG Hisham bersama kedua-dua anak lelakinya itu nyata menarik perhatian ramai wanita yang melihat ketampanan anak terunanya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Siapa yang tidak kenal dengan bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah? Beliau merupakan antara individu penting sewaktu zaman penularan Covid-19.

Boleh dikatakan hampir setiap hari, beliau yang pada waktu itu memegang jawatan tertinggi di kementerian tersebut bersama pasukannya membuat penampilan di televisyen bagi mengumumkan status wabak Covid-19 yang melanda negara serta memerangi penularan virus tersebut sekitar dua tahun yang lalu.

Walaupun telah bersara wajib daripada perkhidmatan awam pada 21 April 2023, beliau mula kembali bertugas di Institut Endokrin Putrajaya pada 4 Oktober yang lalu.

Pada pagi ini saya kembali bertugas di Insititut Endokrin Hospital Putrajaya. Institute Endokrin ini meliputi sebuah…

Posted by Noor Hisham Abdullah on Monday, 2 October 2023

DG Hisham Kongsi Foto Bersama Anak, Ramai Wanita Tidak Keruan

Menerusi ciapan terkini di akaun Twitter (X) milik beliau, DG Hisham telah berkongsikan foto terbaharu bersama dua orang anak lelakinya.

“Bersama dua orang anak teruna saya. Khair dan Khalis telah tamat belajar dan sedia untuk menyertai pasaran kerja tidak lama lagi,” tulis beliau menerusi ciapan tersebut.

Apa yang menarik perhatian adalah ketampanan kedua-dua orang anak DG Hisham yang nyata membuatkan ramai wanita yang melihat berasa tidak keruan.

Ramai Puji Ketampanan Anak Teruna DG Hisham

Rata-rata warganet terutamanya kaum Hawa memuji kekacakan Khair dan Khalis yang dilihat mewarisi ketampanan itu daripada bapanya.

Malah, kebanyakan daripada mereka turut menawarkan diri untuk menjadi menantu selain mempamerkan kehebatan masing-masing menerusi ruangan komen.

Ciapan-ciapan tersebut yang dilihat satu cubaan untuk memenangi hati DG Hisham membuatkan orang ramai terhibur.

Assalamualaikum Ayah

Saya Dulu Cucuk Vaksin Sambil Tengok Jarum

Assalamualaikum Papa/Daddy/Baba/Ayah/Abah

Salam, Saya Boleh Jadi Stetoskop

Saya Boleh Bawa Basikal Tak Pegang Handle

Sumber: Twitter


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd