Now Reading
Netizen Dakwa DG Hisham Tutup Ruangan Komen Lepas Muat Naik Gambar Anak Bujang, Elak Dibanjiri Komen ‘Menggelitis’

Netizen Dakwa DG Hisham Tutup Ruangan Komen Lepas Muat Naik Gambar Anak Bujang, Elak Dibanjiri Komen ‘Menggelitis’

Anak lelaki kepada DG Hisham itu mendapat perhatian ramai terutamanya dalam kalangan wanita kerana ketampanan yang dimiliknya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau sebut nama Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah atau DG Hisham, pasti ramai yang mengenali individu ini selepas dilihat setiap hari di kaca televisyen ketika zaman penularan Covid-19 pada tahun 2020.

Sebelum ini, nama DG Hisham kembali hangat dan menjadi perbualan netizen di media sosial selepas memuat naik gambar bersama dua orang anak lelakinya iaitu Khair dan Khalis.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah ketampanan mereka berdua yang membuatkan ramai gadis tidak keruan sehingga menerima pelbagai komen yang kononnya mahu menawarkan diri menjadi menantu DG Hisham.

Baca Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Bersama Anak Lelaki, Anak Bujang DG Hisham Curi Tumpuan Wanita


DG Hisham Tutup Sementara Ruangan Komen Media Sosial

Baru-baru ini, DG Hisham telah memuat naik ciapan dengan menyertakan beberapa keping gambar ketika sedang bersiar-siar di Henrietta Park, United Kingdom.

Salah satu gambar tersebut mempunyai foto seorang anak lelakinya yang berdiri di papan taman rekreasi itu sambil memakai jaket berwarna hitam.

Seorang netizen di laman X (@brgsjks) mendakwa ruangan komen ciapan tersebut telah ditutup pada awalnya kerana dikatakan DG Hisham bimbang jika hantarannya dibanjiri dengan komen ‘menggelitis’ dari para wanita.


DG Hisham Dah Buka Balik Ruangan Komen Hantaran Tersebut

Namun menerusi semakan kami, ruangan komen ciapan tersebut telah dibuka semula oleh DG Hisham selepas beberapa jam memuat naik gambar berkenaan.

Tidak lama selepas itu, pelbagai komen telah diberikan oleh netizen dan ada di antara mereka yang beranggapan tindakan DG Hisham itu adalah tepat kerana mahu mengelakkan wujudnya banyak komen ‘menggatal’ dari para wanita.

“Aku ingatkan menggeletis kat DG, rupanya anak dia,” kata netizen.

Pada masa yang sama, sesetengah netizen pula meninggalkan komen dengan memuji ketampanan anak kepada DG Hisham yang mempunyai penampilan kemas dan rapi.

“Aku jealous rambut anak dia je. Kemas rapi,” ujar netizen.

Sumber: X (Twitter @DGHisham)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd