Now Reading
Tempoh Mohon Kewarganegaraan Kini Berkurang Jadi 14 Hari Berbanding 73 Hari Sebelum Ini

Tempoh Mohon Kewarganegaraan Kini Berkurang Jadi 14 Hari Berbanding 73 Hari Sebelum Ini

Menurut Saifuddin, sebelum ini proses permohonan itu mengambil masa yang lama kerana ia perlu melalui tapisan keselamatan dan pengesahan dokumen oleh PDRM.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seseorang individu bukan warganegara Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas boleh memohon kewarganegaraan melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pun begitu, proses yang diambil untuk memohon tidaklah begitu mudah dan perlu mengambil masa yang lama untuk memprosesnya.

Bahkan baru-baru ini, media melaporkan ramai warga emas gagal mendapat kewarganegaraan dek kerana kurang fasih berbahasa Melayu.

BACA JUGA: Ramai Warga Emas Gagal Dapat Kewarganegaraan Kerana Tak Lulus Ujian Bahasa Melayu

Proses mohon kewarganegaraan berkurang jadi 14 hari berbanding 73 hari sebelum ini

Terkini, tempoh proses permohonan kewarganegaraan oleh JPN telah dikurangkan kepada hanya 14 hari berbanding sebelum ini yang mengambil masa sehingga 73 hari.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, proses itu berjaya disingkatkan kerana pelaksanaan Sistem Tapisan Keselamatan Negara yang dilancarkan hari ini (25 Oktober).

Sistem Tapisan Keselamatan Negara jalani proses percubaan sejak 2 bulan lalu

Menurutnya, sistem itu telahpun menjalani proses percubaan sejak dua bulan lalu sekaligus membolehkan sistem permohonan menjadi lebih cekap.

“Proses itu dijalankan secara lebih cekap menerusi pelaksanaan sistem yang dibangunkan JPN dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Jika sebelum ini dokumen permohonan kewarganegaraan yang diterima JPN akan diserahkan kepada pihak polis secara fizikal (bercetak), tetapi dengan adanya sistem ini penyerahan dokumen adalah secara dalam talian,” katanya dipetik Kosmo.

Sistem itu akan tolak permohonan secara automatik bagi yang tidak layak

Menurutnya lagi, sistem itu secara automatik akan menolak permohonan dari pemohon yang terlibat dengan pertubuhan dianggap berbahaya dan mengancam ketenteraman awam, selain tinggal di negara ini melebihi masa ditetapkan.

Jelas Saifuddin, sebelum ini proses permohonan itu mengambil masa yang lama kerana ia perlu melalui tapisan keselamatan dan pengesahan dokumen oleh PDRM.

Sebagai info, terdapat beberapa syarat asas yang perlu dipatuhi sebelum memohon kewarganegaraan iaitu:

Individu lahir selepas Merdeka (1957)
  • Memenuhi tempoh kemastautinan iaitu selama 12 tahun
  • Berkelakuan baik (tiada rekod jenayah)
  • Mempunyai pengetahuan memadai dalam Bahasa Melayu
Individu lahir sebelum Merdeka
  • Memiliki sijil kelahiran sebagai bukti dilahirkan di Persekutuan (Tanah Melayu)
  • Memenuhi tempoh kemastautinan iaitu selama 7 tahun
  • Berkelakuan baik (tiada rekod jenayah)
  • Mempunyai pengetahuan asas dalam Bahasa Melayu

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd