Now Reading
64% Rakyat Malaysia Alami Diskriminasi Dalam Tempoh 12 Bulan Lalu – Tinjauan

64% Rakyat Malaysia Alami Diskriminasi Dalam Tempoh 12 Bulan Lalu – Tinjauan

Salah satu dapatan ‘State of Discrimination Survey 2023’ adalah bahawa golongan Gen Z paling banyak mengalami diskriminasi berkaitan etnik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Diskriminasi bermaksud layanan yang tidak adil berdasarkan latar belakang seseorang, sama ada melalui agama, bangsa, status ekonomi mahupun jantina. Sayang sekali, ia bukanlah sesuatu yang asing di negara kita.

Baca Artikel Berkaitan: “Ada Plan Nak Mengandung Tak?” – Ramai Wanita Tak Puas Hati Sering Alami Diskriminasi Ketika Mohon Kerja

Terkini, satu tinjauan oleh Architects of Diversity (AOD) telah dilakukan ke atas 3,238 responden berumur 18 tahun dan ke atas. Ia bertujuan bagi menyediakan kajian asas mengenai sifat kuantitatif diskriminasi di Malaysia yang berkaitan dengan pelbagai identiti seperti bangsa dan agama.

Tinjauan yang digelar ‘State of Discrimination Survey 2023’ mendapati 64% responden telah menghadapi satu bentuk diskriminasi dalam tempoh satu tahun, yang berkaitan dengan status ekonomi (38%), umur (33%) dan etnik (32%).

Diskriminasi dihadapi responden berdasarkan identiti diri mereka. (Sumber: AOD).

Daripada jumlah ini, 43% responden berumur 18 hingga 24 tahun (kohort Gen Z) berkata mereka mengalami diskriminasi berdasarkan etnik, warna kulit, budaya, tradisi dan bahasa ibunda atau loghat.

Sebaliknya, 34% responden berumur 25 hingga 39 tahun, 23% berumur 40 hingga 59 dan hanya 2% berumur lebih 60 tahun merasakan perkara itu.

Berdasarkan tinjaun tersebut, kebanyakan diskriminasi yang dihadapi responden adalah melalui media sosial (32%), ketika memohon pekerjaan (30%) dan di tempat kerja (29%).


Penganut Hindu, Kaum India Paling Banyak Alami Diskriminasi

Apabila dibandingkan antara agama, lebih ramai penganut agama Hindu (40%) yang melaporkan diskriminasi keagamaan berbanding penganut Kristian (26%), Buddha (22%) dan Islam (20%).

Dalam masa yang sama, kaum India (60%) paling banyak terima diskriminasi berkenaan gaji, diikuti oleh Melayu (56%), lain-lain Bumiputera (51%) dan Cina (41%).

Kaum India juga dilaporkan mengalami lebih banyak diskriminasi berbanding yang lain apabila memohon pekerjaan (51%), mencari tempat tinggal (35%) dan ketika bersemuka dengan pihak polis (21%).

Baca Artikel Berkaitan: Ejen Rumah ‘Racist’, Didakwa Tolak Tempahan Penyewa Bangsa India


Hanya 19% Responden Bebas Daripada Sebarang Diskriminasi

Malangnya, hanya sekitar 19% responden yang berkata mereka tidak pernah berhadapan dengan diskriminasi dan 7% tidak pasti sama ada mereka pernah mengalaminya.

Pada Mei lepas, The Deloitte Global 2023 Gen Z and Millennial Survey mendapati 70% golongan Gen Z dan 61% milenial telah mengalami gangguan dan mikroagresi di tempat kerja tahun lepas.

Gangguan yang banyak dilaporkan adalah e-mel atau komunikasi lain yang bersifat serangan, komen yang memperlekehkan jantina secara berulang, dan sentuhan fizikal di tempat kerja.

AOD juga mendapati 45% responden berasa sangat atau agak berpuas hati dengan insiatif kerajaan untuk menyelesaikan masalah diskriminasi. 40% responden pula berasa agak atau sama sekali tidak berpuas hati dengannya.

Sumber: Malay Mail | Architects of Diversity | Malay Mail


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd