Now Reading
Ejen Rumah ‘Racist’, Didakwa Tolak Tempahan Penyewa Bangsa India

Ejen Rumah ‘Racist’, Didakwa Tolak Tempahan Penyewa Bangsa India

Ejen rumah inap tersebut dikatakan hanya menerima tempahan sewa daripada kaum Cina dan Melayu serta menganggap kesemua bangsa India adalah pengotor.

ejen rumah inap enggan terima tempahan dari bangsa India

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Malaysia terkenal dengan rakyatnya yang pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Iban dan sebagainya sejak berpuluh-puluh tahun dahulu.

Walaupun berbeza kepercayaan dan warna kulit, itu tidak menjadi penghalang masyarakat ini untuk hidup secara damai dan berharmoni. Kita boleh belajar untuk menghormati adat resam masing-masing.

BACA JUGA: Ini Sebab Kenapa Pengebumian Kaum Cina Ambil Masa Lebih Sehari

Ejen rumah inap tolak tempahan sewa rumah dari kaum India

Namun berbeza pula dengan situasi yang dihadapi oleh sebuah keluarga berbangsa India ini apabila mereka ingin menempah sebuah rumah inap di Bentong, Pahang.

Menerusi satu hantaran dimuat naik oleh pengguna Facebook (Eleanor El) yang juga berada di dalam situasi tersebut bersama keluarga teman lelakinya, dia menceritakan kisah sebenar yang dianggap sebagai diskriminasi kaum.

Keluarga teman lelakinya yang berbangsa India merancang untuk menyambut perayaan Krismas bersama-sama dan ingin membuat tempahan di Bentong Homestay menerusi aplikasi Airbnb.

Pada awalnya, segala proses berjalan lancar kerana wanita ini menelefon tuan rumah yang dipercayai salah seorang ejen untuk membuat tempahan menggunakan bahasa Mandarin.

Tidak lama selepas itu, ejen rumah berkenaan menghubungi semula teman lelakinya dan bertanyakan tentang kaum. Mereka berdua pun agak pelik apabila soalan itu diajukan.

Persoalan tersebut kemudiannya terjawab apabila tuan rumah memaklumkan mereka hanya menyewa kediaman kepada bangsa Cina serta Melayu sahaja dan seterusnya membatalkan tempahan selepas mengetahui keluarga teman lelakinya berbangsa India.

Tuan rumah katanya ‘trauma’ dengan penyewa bangsa India

Ejen rumah tersebut dikatakan sudah serik untuk menerima tempahan daripada kaum India kerana mempunyai pengalaman buruk suatu ketika dahulu.

Ejen rumah itu memberi alasan bahawa syarikatnya pernah menyewa rumah kepada kaum India dan mereka tidak mematuhi peraturan serta meninggalkan rumah dalam keadaan kotor. Mereka juga mencuri aiskrim milik tuan rumah.

Eleanor El.

Bagi wanita ini, dia menganggap perkara sebegini tidak boleh dinormalisasikan kepada semua kaum India yang lain.

Hanya kerana satu kumpulan yang membuat masalah, itu tidak boleh dijadikan alasan untuk memandang kesemua kaum India yang lain bersikap sama seperti mereka. Keluarga teman lelaki saya setiap tahun buat tempahan ketika musim perayaan Krismas dan tidak pernah berlaku masalah seperti ini.

Eleanor El.

Wanita ini berpendapat bahawa jika seseorang itu melanggar peraturan yang ditetapkan dalam rumah sewa, mereka sepatutnya dikenakan bayaran denda dan bukannya menghalang kesemua bangsa yang sama untuk membuat tempahan.

Kenapa perlu mendiskriminasi seluruh kaum yang tidak bersalah? Sekiranya sesiapa yang menyewa rumah inap anda melanggar peraturan, selesaikan sahaja dengan bayaran denda tanpa mengikut warna kulit atau bangsa.

Eleanor El.

Menerusi laporan Malaysiakini, pihak Airbnb telah menurunkan rumah inap berkenaan dalam senarai mereka dan cuba untuk mendapatkan komen daripada ejen rumah tersebut. Namun, dia enggan memberi sebarang ulasan dan sedang menunggu nasihat dari peguam.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd