Now Reading
Budak Perempuan Umur 9 Tahun Meninggal Dunia Kerana Tercekik Buah Rambutan

Budak Perempuan Umur 9 Tahun Meninggal Dunia Kerana Tercekik Buah Rambutan

Hasil bedah siasat menunjukkan kematian mangsa berpunca daripada salur nafas yang tersumbat disebabkan sesuatu objek.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai sebuah negara tropika, Malaysia mempunyai musim buah-buahan tempatan yang sering ditunggu-tunggu antaranya seperti musim durian dan rambutan.

Berbeza dengan buah durian, buah rambutan dipercayai mempunyai lebih banyak peminat baik dari kanak-kanak sehingga dewasa disebabkan rasanya yang manis.

Namun, setiap individu disarankan untuk berhati-hati ketika menikmati buah ini kerana ia boleh menyebabkan seseorang itu tercekik malah lebih parah hingga boleh menyebabkan kematian.

Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Tercekik Buah Rambutan

Begitulah yang terjadi kepada seorang kanak-kanak di Kampung Sungai Ling Maran, Pahang apabila dia maut selepas tercekik buah rambutan pada 21 Ogos.

Menurut Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman, mangsa yang dikenali sebagai NurIman Fitriah Muhamad Nizam disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8.00 malam di Klinik Kesihatan Pekan Tajau, Maran.

Doktor di klinik kesihatan tersebut telah mengeluarkan buah rambutan tersebut daripada mulut mangsa sebelum jenazah dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat.

Punca Kematian Akibat Salur Nafas Tersumbat

Hasil bedah siasat menunjukkan kematian mangsa berpunca daripada salur nafas yang tersumbat disebabkan sesuatu objek.

Polis mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut. Jenazah mangsa yang merupakan murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Pasir telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Cempedak, Maran pagi semalam (22 Ogos).


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd