Now Reading
PRN2023: Warga Emas Terkilan, Dakwa Petugas SPR Yang Bantu Suami OKU Pangkah Undi Tidak Seperti Yang Dikehendaki [Video]

PRN2023: Warga Emas Terkilan, Dakwa Petugas SPR Yang Bantu Suami OKU Pangkah Undi Tidak Seperti Yang Dikehendaki [Video]

Ketua Polis Kedah menasihati individu di dalam video tular berkenaan untuk tampil membuat laporan berhubung isu tersebut bagi memudahkan siasatan dilakukan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum pasti tahu hari ini (12 Ogos) merupakan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Sehubungan itu ramai rakyat di enam negeri terlibat ‘turun padang’ bagi memilih wakil rakyat yang akan mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Namun dalam kemeriahan tersebut, timbul beberapa insiden antaranya penangguhan sementara proses pengundian di Paya Terubong, Pulau Pinang. Ia bagaimanapun disambung semula beberapa jam kemudiannya.

Selain itu seorang wanita di Kedah mendakwa tidak dapat mengundi selepas seorang individu membuang undi menggunakan kad pengenalan miliknya.

Artikel berkaitan: PRN2023: Pengundian Di Paya Terubong Ditangguh Selepas Peti Undi Didakwa Tidak Berkunci

Artikel berkaitan: PRN: “Pengundi Hantu Itu Wujud” – Wanita Di Kedah Kecewa Tak Dapat Mengundi, Dakwa IC Diguna Individu Lain

Terbaharu tular di media sosial dakwaan seorang warga emas di Kedah yang tidak berpuas hati dengan seorang petugas (Suruhanjaya Pilihan Raya) SPR yang membantu suaminya, seorang orang kurang upaya (OKU) ketika membuang undi.

Menurut wanita tersebut, petugas itu menanda undi pada kotak berbeza yakni calon yang lain, tidak seperti mana yang dikehendaki suaminya.

Mulanya masuk bersama tapi petugas maklum sedia bantu si suami

Menerusi video itu, wanita itu mendakwa dia pada mulanya masuk ke tempat mengundi bersama suaminya.

Namun ketika mahu membuang undi, seorang petugas tampil menawarkan diri untuk membantu suaminya agar wanita itu dapat menjalankan tanggungjawabnya untuk mengundi.

Walaubagaimanapun sebaik selesai, suaminya yang tidak mampu bercakap keluar dalam keadaan marah.

Dakwanya petugas terbabit telah menanda pada kotak yang salah walhal dia sebenarnya mahu mengundi calon yang lain.

“Dia (suami) nak undi PN, tapi ada seorang petugas kata ‘makcik pergi sebelah sana, sini saya tolong’.

“Saya pergilah (undi) di tempat saya. Tapi bila keluar suami saya marah, aku nak undi yang atas petugas tu buat yang bawah.

“Suami saya tak nyanyuk lagi, tapi dia tak boleh bercakap,” dakwa makcik itu.

Difahamkan insiden tersebut berlaku di sebuah pusat mengundi bagi DUN Sungai Tiang, Pendang.

Polis minta wanita dan petugas SPR tampil buat laporan

Dalam pada itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan ada mengesan penularan video terbabit.

Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Saleh dalam satu sidang media berkata, pihaknya bagaimanapun belum menerima apa-apa laporan berhubung insiden berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menasihati individu di dalam video tular berkenaan untuk tampil membuat laporan berhubung isu tersebut bagi memudahkan siasatan dilakukan.

Beliau mendakwa petugas tersebut telah menanda undi tidak sepertimana yang dikehendaki suaminya. Walaubagaimanapun, sehingga kini pihak polis masih belum menerima sebarang laporan samada dari pihak mangsa mahupun petugas SPR. Pihak polis menasihati pihak yang berkenaan agar membuat laporan polis supaya siasatan lanjut dapat dijalankan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Saleh.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd