Now Reading
Ini 5 Langkah Untuk Pastikan Kesihatan Usus Anda Terjamin

Ini 5 Langkah Untuk Pastikan Kesihatan Usus Anda Terjamin

Usus manusia mengandungi satu ekosistem kompleks yang menghasilkan hormon membuatkan seseorang rasa gembira.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tahukah anda, kesihatan usus memainkan peranan penting untuk kesihatan minda?

Jutaan bakteria dalam usus kita befungsi dalam menentukan mood atau perasaan seseorang. Usus kita mengandungi satu ekosistem kompleks dikenali sebagai mikrobiota usus, menghasilkan sebahagian besar serotonin iaitu hormon yang membuatkan kita gembira.

Ini bermakna apabila usus kita sihat dengan nutrien yang baik, mood atau perasaan turut bertukar gembira. Oleh itu tidak pelik jika perasaan lapar sering kali membawa kepada perasaan marah, yang kita sebut sebagai ‘hangry!’


Hubungan Antara Usus & Otak

Kesihatan usus dan kesihatan minda seseorang berkait rapat dengan paksi usus-otak iaitu satu saluran komunikasi antara sistem pencernaan dan otak.

“Usus kita juga dikenali sebagai ‘otak kedua’ kerana ia mempunyai jutaan bakteria yang bekerja sama dengan otak. Usus menggunakan sistem saraf sama dengan otak untuk membantu mencerna makanan dan memberi isyarat ke otak bila ada yang tidak kena,” kata pakar pemakanan bertauliah daripada LAC Malaysia, Cynthia Jetan.

Sistem antara usus dan otak membolehkan komunikasi berterusan termasuk sistem saraf, sistem pertahanan badan serta sistem endokrin. Sistem ini adalah penting untuk kesihatan minda, di mana mikrobiota usus kita membantu dalam penghasilan neurotransmitter penting.

Misalnya, mereka membantu penghasilan serotonin, neurotransmitter yang membantu mengawal mood, selera makan, dan tidur kita.


Pastikan Keseimbangan Usus Terjamin!

Ketidakseimbangan dalam komposisi bakteria usus boleh mengganggu penghasilan neurotransmitter penting yang berpotensi menyumbang kepada gangguan mood seperti kegelisahan dan kemurungan.

Pernahkah anda rasa perasaan berdebar-debar di perut ketika berasa gugup?

Itu adalah usus anda memberi isyarat kepada otak anda, menunjukkan hubungan yang mendalam antara kesihatan usus dan kesejahteraan mental.

Sumber: Pexels

Apabila seseorang itu mengabaikan kesihatan usus mereka, ia menyebabkan ketidakseimbangan, sekali gus mengakibatkan usus anda gagal menghasilkan neurotransmitter penting.


Resepi Untuk Usus Yang ‘Gembira’

Anda boleh mengambil langkah proaktif untuk menyokong kesihatan usus dan meningkatkan kesejahteraan mental.

Berikut adalah antara cara untuk menjadikan usus anda lebih gembira:

#1. Makan Makanan Yang Kaya Antioksidan

Buah beri, sayur kale, dan telur bukan hanya menyokong usus anda tetapi juga menyumbang kepada perasaan hati yang gembira. Makanan-makan ini juga berfungsi dengan mengurangkan tekanan oksidatif di dalam usus anda.

Sumber: Pexels

Tambahan pula, ia juga mengandungi sifat melawan penyakit yang membantu mengurangkan keradangan usus. Buah beri terutamanya kaya dengan prebiotik mampu menjaga dinding usus, meningkatkan penyerapan nutrien, dan memberikan perlindungan dari toksin tertentu.

#2. Makan Makanan Kaya Serat

Makanan kaya serat memberi makan bakteria baik jadi buat sayur-sayuran, buah-buahan, dan bijirin penuh menjadi sebahagian daripada pengambilan harian anda.

Mikrobiota usus anda akan membantu mengurangkan keradangan, menyokong kesihatan penghalang usus, mensintesis vitamin dan membekalkan tubuh dengan banyak serotonin gembira!

Sumber: Pexels

Anda juga boleh mempertimbangkan makanan yang difermentasikan untuk menggalakkan pertumbuhan mikrob sihat.

Yogurt, kimchi, tempe dan kombucha mengandungi mikrob sihat yang baik untuk usus anda. Kurangkan juga makanan berproses dan ‘fast food’, pengambilan gula tinggi serta alkohol.

#3. Makan Dengan Penuh Perhatian

Jangan tergesa-gesa ketika makan!

Dengan memperlambatkan waktu makan, anda membenarkan usus berfungsi dengan betul dan mencipta ruang pemulihan di mana tubuh bertukar ke mod rehat serta mencerna. Ini juga membantu mengurangkan gejala seperti kembung dan gas refluks iaitu perkara yang tidak diingini berlaku pada usus anda.

Sumber: Pexels
#4. Kurangkan Tahap Stres Anda

Stres sering tidak dapat dielakkan dari kehidupan seharian terutamanya apabila anda mengimbangkan beberapa tugas sekaligus.

Walaupun stres kadangkala dapat membantu meningkatkan perhatian dan ketelitian, stres kronik boleh mengganggu keseimbangan bakteria usus, menyebabkan peningkatan bakteria buruk serta penurunan bakteria baik.

Untuk menguruskan stres dengan lebih baik, cuba bernafas melalui perut untuk meningkatkan kesedaran. Ini boleh membantu mengurangkan stres iaitu punca besar bagi individu dengan masalah usus.

Sumber: Pexels

Menarik nafas dengan dalam selama satu hingga lima saat dalam kiraan satu hingga lima dan tahan selama lima saat sebelum bernafas keluar selama lima saat. Ambil masa juga untuk berehat, terutama jika anda mengalami hari yang sukar. Senaman secara berkala dan tidur berkualiti akan menjaga usus dan otak anda.

#5. Ambil Suplemen Prebiotik & Probiotik

Prebiotik adalah seperti serat makanan yang memberi makan kepada bakteria baik dalam usus anda. Manakala probiotik pula merupakan mikroorganisma hidup, membantu mengekalkan mikrobiota usus yang sihat.

Sumber: Pexels

“Probiotik membantu mengembalikan keseimbangan bakteria baik versus buruk. Ia juga membantu memecahkan makanan, meningkatkan penyerapan nutrien, dan mengatur pergerakan usus untuk pencernaan yang lebih baik.

“Ia juga telah terbukti mengurangkan gejala gangguan pencernaan seperti sindrom usus yang sensitif (IBS), penyakit usus inflamasi (IBD), cirit-birit, dan sembelit. Pada masa yang sama, probiotik membantu menggalakkan pertumbuhan bakteria yang bermanfaat bagi menghalang pertumbuhan patogen berbahaya dalam usus. Ini pula membina kekebalan lebih kuat,” tambah Cynthia.


Pilih Probiotik Yang Sesuai Dengan Keperluan Anda

Untuk memilih probiotik yang betul, Cynthia mencadangkan agar mengenal pasti keperluan anda sama ada untuk penyelenggaraan atau untuk menangani isu tertentu.

Banyak suplemen probiotik mengandungi strain yang biasa seperti lactobacillus dan bifidobacterium, serta garis panduan umumnya adalah untuk mengambil antara satu bilion hingga 30 bilion unit pembentukan koloni (CFUs) setiap hari.

LAC menawarkan pelbagai probiotik yang mengandungi pelbagai strain bermula dari 6 hingga 14 strain, dengan CFUs sehingga 100 bilion. Probiotik LAC adalah bebas peti sejuk dan menawarkan kekuatan yang dijamin sehingga tarikh luput, memastikan kestabilan suhu dan memberikan probiotik yang efektif.

Ia juga diperkaya dengan ragi terfermentasi dan esen buah zaitun, serta maltodekstrin yang tidak boleh dicerna bertindak sebagai prebiotik untuk membantu perkembangan bakteria baik dalam salur usus anda.

Pilihan seperti Kompleks Probiotik LAC 25 Bilion CFUs menawarkan 25 bilion CFUs probiotik aktif setiap hidangan, termasuk enam strain terkenal efektif dalam mengekalkan kesihatan usus dan imun yang baik.

Apabila mempertimbangkan suplemen probiotik, anda perlulah bijak untuk berunding dengan doktor atau pakar terlebih dahulu terutamanya bagi menentukan strain probiotik paling bermanfaat buat anda.

Dengan merawat usus, anda boleh menyokong mikrobiota usus yang sihat dan menggalakkan kesejahteraan mental optimum. Ingat, usus yang gembira membawa kepada fikiran lebih ceria, jadi utamakan kesihatan usus anda hari ini untuk masa depan lebih cerah.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd