“Halal Ke?” – Lelaki Makan Sotong Hidup Di Korea Undang Perhatian
Lelaki dikenali sebagai Hanif Asyraf dilihat sedang makan sepinggan sotong kurita yang masih hidup sewaktu mengunjungi pasar Dongdaemun di Korea Selatan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Melancong ke luar negara merupakan satu aktiviti menyeronokkan yang anda boleh lakukan bersama kenalan terdekat.
Bukan sahaja boleh hilangkan stres, anda juga boleh mencuba pelbagai benda baru sebagai contoh memakai pakaian tradisional negara itu dan paling penting mencuba makanan popular di sana.
Mana tidaknya, setiap budaya masyarakat luar sudah pasti mempunyai makanan ikonik mereka tersendiri yang lain daripada biasa kita lihat di Malaysia.
Lelaki Makan Sotong Hidup Ketika Melancong Di Korea
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@hanifasyraf1) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Hanif Asyraf berkongsi pengalamannya bersama rakan ketika melawat pasar Dongdaemun sewaktu bercuti di Korea Selatan.
Di pasar Dongdaemun, pengunjung boleh mendapatkan pelbagai makanan serta snek yang menarik seperti mana yang dilihat dalam K-drama sebagai contoh Teokbokki, Hotteok, kek ikan bersama sup dan juga kaki sotong kurita dipotong kecil.
Bagi merasai pengalaman makan itu sendiri, Hanif telah memberanikan diri untuk mencuba kaki sotong kurita yang segar itu. Menerusi klip video tersebut, kelihatan sotong yang dihidangkan di dalam pinggan masih lagi bergerak.

Hanif yang pada awalnya berasa gementar dilihat dengan bersahaja memasukkan sotong tersebut ke dalam mulutnya selepas dicicahkannya bersama sos.
Lelaki tersebut berkata ia sedap namun rasa sedikit sakit apabila sotong itu melekat di dalam mulutnya sebelum dikunyah.
Rakan Tetap Tidak Mahu Cuba Sotong Yang Masih Bergerak
Selepas seketika, Hanif sudah pun membiasakan diri untuk makan juadah yang agak aneh itu dengan nikmatnya.
Dalam masa sama, Hanif juga telah menyakat rakan yang lain untuk mencuba sekali sotong tersebut, tetapi si rakan yang berada di sebelahnya tetap berasa takut melihat hidangan itu.
@hanifasyraf1 PART 2 : makan binatang hidup #duosobat #hanifXwea #duosobatinkorea @Mat’Wan Begel @Duo Sobat ♬ original sound – Hanif Asyraf
“Halal Ke?”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur melihat gelagat Hanif makan sotong kurita tersebut sambil cuba bertutur dengan peniaga di sana.
“Kau pergi kecek (cakap) Kelate dengan makcik tu buat apa,” kata seorang wanita.
Pun begitu, ramai di kalangan warganet yang mempersoalkan hukum lelaki tersebut makan makanan yang masih hidup.






Hukum Makan Haiwan Masih Hidup
Hasil carian kami mendapati Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pernah membahaskan tentang perkara tersebut. Seperti yang anda tahu, umat Islam boleh makan haiwan ternakan darat yang disembelih mengikut syarak sahaja.
Jika tidak disembelih dengan betul, haiwan yang mati itu dikira sebagai bangkai dan haram untuk memakannya. Namun lain pula kesnya jika melibatkan hidupan dalam air.
Haiwan yang hidup di dalam air tidak perlu disembelih dan bangkainya adalah suci. Firman Allah SWT:
“أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ”
Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut.”
[Surah al-Maidah : 96]

Berbalik kepada konteks asal, memasak ikan, sotong kurita atau hidupan air (halal dimakan) yang lain ketika masih lagi hidup adalah makruh sekiranya tidak memudaratkan.
Sebaliknya matikan hidupan atau menunggunya mati terlebih dulu adalah langkah yang terbaik. Hal ini penting supaya kita tidak menyeksa haiwan dan sentiasa bekelakuan ihsan terhadap makluk Allah SWT.
Baca Artikel Berkaitan: Dr Zulkifli Perjelas Hukum Makan Salad Udang Hidup Yang Viral. Boleh Ke?
Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Orang Islam Makan Siput Escargot?
Baca Artikel Berkaitan: Bekalan Elektrik Terputus, Ayah Goreng Ikan Koi Mati Dalam Kolam Di Rumah
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram