Now Reading
10 Tempat Menarik Boleh Dilawat Untuk Rasai Semangat Patriotik Merdeka

10 Tempat Menarik Boleh Dilawat Untuk Rasai Semangat Patriotik Merdeka

Menjelang Ogos dan September yang merupakan bulan patriotik bagi rakyat Malaysia, kami senaraikan sepuluh tempat boleh dikunjung orang ramai.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bulan Ogos dan September merupakan bulan-bulan patriotik bagi rakyat Malaysia. Kemerdekaan negara disambut pada 31 Ogos, manakala 16 September pula merupakan Hari Malaysia.

Kalau korang tak ada apa nak buat sewaktu cuti umum tersebut, di sini kami senaraikan 10 tempat yang korang boleh pergi untuk rasakan semangat Merdeka!

1. Tugu Negara & Taman Tugu | Kuala Lumpur

Sumber gambar: TRP

Tugu Negara dibina sebagai peringatan terhadap askar-askar yang gugur dalam Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua dan Darurat Tanah Melayu sewaktu mempertahankan Tanah Melayu dan membentuk masa hadapan Malaysia.

Arca gangsa itu menunjukkan seorang askar memegang Jalur Gemilang di antara dua orang askar yang membawa senjata.

Tugu Negara terletak berhampiran Taman Tugu di mana pengunjung boleh mendaki bukit dan mendekatkan diri dengan alam semula jadi.

2. Independence Obelisk Stone | Melaka

Sumber gambar: GoHeritage Melaka

Bentuk obelisk dan piramid sering dikaitkan dengan Illuminati. Namun begitu, Independence Obelisk Stone yang terletak di Padang Pahlawan, Melaka tiada sebarang kaitan dengan organisasi itu.

Batu obelisk itu merupakan penunjuk tempat di mana HG Hamment, pesuruhjaya Residen British Melaka terakhir, menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada gabenor Melaka pertama, Tun Leong Yew Koh pada 31 Ogos 1957.

Hurut ‘M’ di tengah-tengah bintang dengan sebelas penjuru bermaksud ‘Merdeka’.

3. Memorial Pengisytiharaan Merdeka | Melaka

Sumber gambar: Wikipedia

Memorial Pengisytiharaan Merdeka juga di Padang Pahlawan, Melaka ditubuh pada tahun 1912 dan menempatkan Malacca Club, satu pusat sosial bagi penduduk British ketika zaman British Malaya.

Memorial tersebut telah dibuka dan dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Allahyarham Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1985.

Pada hari ini, rumah agam kolonial Belanda itu menempatkan khazanah sejarah yang menunjukkan perkembangan Malaysia sejak hari terawal kemerdekaan hingga ke pembangunan moden masa kini.

4. Bangunan Sultan Abdul Samad | Kuala Lumpur

Sumber gambar: TRP

Bangunan Sultan Abdul Samad dinamakan sempena Sultan Selangor ketika ia dibina pada tahun 1894. Orang ramai sering mengagumi bangunan itu yang menampilkan seni bina Barat, Goth dan Moor.

Dahulu, ia pernah menempatkan Kementerian Maklumat dan ketiga-tiga mahkamah atasan Malaysia iaitu Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Bangunan Sultan Abdul Samad juga menjadi tempat di mana bendera Union Jack diturunkan setelah kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan.

Kalau korang tak minat dengan seni bina bangunan, korang boleh cari ‘hotspot’ untuk tangkap gambar yang ‘Instagram-worthy’. Bangunan itu lebih cantik pada waktu malam serta terdapat pelbagai kafe dan restoran di sekitarnya.

5. Muzium Kesenian Islam | Kuala Lumpur

Muzium Kesenian Islam dikenali sebagai muzium Islam yang terbesar di Asia Tenggara. Ia mempunyai pelbagai galeri yang menempatkan artifak Islam seperti manuskrip al-Quran dan koleksi syiling. Muzium itu juga terkenal dengan koleksi barang-barang kaca Islam kuno.

6. Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia | Kuala Lumpur

Korang boleh belajar tentang sejarah kewangan negara sambil melihat karya seni di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia.

Amat menarik untuk melihat bagaimana reka bentuk mata wang kita berubah dari zaman ke zaman.

Terdapat juga Galeri Kanak-Kanak dengan pengisian permainan interaktif dan aktiviti berasaskan idea “Simpan, Belanja, dan Berkongsi.”

Pengunjung juga boleh menangkap gambar dengan bergaya di kawasan muzium, terutamanya di kawasan tangga pusing dan Terowong Sejuta Ringgit.

7. Menara Berkembar Petronas | Kuala Lumpur

Lawatan ‘Merdeka’ korang di bandar Kuala Lumpur tak lengkap kalau korang tak berkunjung ke bangunan pencakar langit berkembar tertinggi di dunia, Menara Berkembar Petronas. Ia juga merupakan menara ketiga tertinggi di Malaysia selepas Merdeka 118 dan The Exchange 106.

Di sini, pengunjung boleh menikmati pemandangan bandar dari Dek Pemerhatian yang terletak di tingkat 86 dan Sky Bridge. Menara Berkembar Petronas turut mempunyai muzium mini yang menunjukkan bagaimana idea untuk membina menara itu timbul.

ARTIKEL BERKAITAN: Suria KLCC Bawa Aktiviti ‘Picnic In The Park’ Buat Para Pelanggan. Siap Ada View KLCC!

8. Muzium Tentera Darat | Port Dickson

Muzium Tentera Darat di Port Dickson adalah muzium tentera terbesar di Malaysia. Ia dipenuhi dengan artifak dan replika bersejarah dari sejak kedudukan Portugis hingga kemerdekaan Tanah Melayu.

Pengunjung dapat mempelajari tentang pengorbanan-pengorbanan yang dilakukan oleh askar-askar negara seperti ketika mereka menyelamatkan tentera Amerika di Pertempuran Mogadishu. Kisah pertempuran itu menjadi asas filem Hollywood “Black Hawk Down.”

9. Kompleks Sejarah Pasir Salak | Perak

Sumber gambar: Lembaga Muzium Negeri Perak

Pasir Salak dikenali sebagai tempat di mana Residen British Pertama Perak, James W.W. Birch, dibunuh. Dia dibunuh oleh pengikut ketua Melayu, Maharaja Lela, pada 2 November 1875. Pembunuhan itu mencetuskan Perak Perak dan penyebaran pengaruh politik British di seluruh Semenanjung Tanah Melayu.

Walaupun ‘pemberontakan’ itu tidak berjaya, ia tetap menjadi titik penting dalam sejarah negara.

Daya tarikan utama kompleks sejarah itu adalah Terowong Sejarah yang terletak di dalam satu bangunan tradisional Melayu. Terowong Sejarah memaparkan diorama yang menceritakan kejadian penting dalam sejarah Melayu dan Malaysia, bermula dengan penempatan awal di Kuala Selingsing pada 200BC.

10. Galeria Perdana | Langkawi

Walaupun terdapat pelbagai pendapat mengenai tokoh negarawan ini, bekas menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai kerjaya yang tersohor.

Galeria Perdana merupakan seperti muzium kerjaya politik Mahathir kerana ia menempatkan pemberian yang diterimanya selama beratahun-tahun. Pameran itu termasuk koleksi menakjubkan instrumen muzik, karya seni, plak malah kereta.

Tiada mana-mana tempat di atas yang menarik minat korang?

Jangan risau. Malaysia ada banyak lagi tempat dan tarikan menarik untuk dikunjungi.

Mungkin korang boleh rancang trip jalan-jalan dengan keluarga atau kawan-kawan untuk menghargai keindahan negara kita dan segalanya yang ditawarkan. Cuti-cuti Malaysia boleh dilakukan di mana-mana, pada bila-bila masa!

ARTIKEL BERKAITAN: Bas KL Hop-On Hop-Off Bawa Ke Istana Negara & Pelbagai Lokasi Menarik Sekitar Kuala Lumpur

ARTIKEL BERKAITAN: 10 Lokasi Menarik Untuk Bawa Anak Anda Sempena Cuti Sekolah. Jom!

ARTIKEL BERKAITAN: 10 Lokasi Yang Best Untuk ‘Camping’ Sekitar Malaysia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd