Now Reading
Suria KLCC Bawa Aktiviti ‘Picnic In The Park’ Buat Para Pelanggan. Siap Ada View KLCC!

Suria KLCC Bawa Aktiviti ‘Picnic In The Park’ Buat Para Pelanggan. Siap Ada View KLCC!

Suria KLCC bekerjasama dengan rakan kongsi seperti Burger & Lobster, Bath & Body Works, Whittard of Chelsea, Remax, Guardian, dan Toys “R” Us dalam mewujudkan pengalaman Picnic In The Park ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Suria KLCC, pusat membeli-belah terkenal yang menawarkan pengalaman ikonik di Malaysia kini mengadakan satu aktiviti unik di mana mereka memberikan peluang kepada pelanggan untuk menikmati berkelah di lanskap indah Taman KLCC.

Aktiviti berkelah eksklusif ini akan diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad bermula dari 7 hingga 16 Julai 2023.

Cara Sertai Aktiviti ‘Picnic In The Park’ Di KLCC

Pelanggan yang membeli barang bernilai RM1,000 ke atas melalui dua resit dari 30 Jun hingga 9 Julai 2023 berpeluang merasai sendiri pengalaman Picnic In The Park KLCC yang terhad untuk empat (4) orang setiap kali menebus.

‘Picnic Starter Pack’

Tempat berkelah ‘Picnic in the Park’ ini akan menampilkan latar belakang Menara Berkembar PETRONAS dan muzik menakjubkan dari air pancut muzikal KLCC, memberikan pengalaman rekreasi luar biasa.

Tetamu akan diberikan persediaan berkelah yang mewah termasuk khemah, tikar, dan dekorasi unik. Tetamu juga akan menikmati makan malam khas untuk empat orang yang disediakan oleh “Burger & Lobster”. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang menikmati minuman menyegarkan seperti “Whittard of Chelsea iced tea”, serta hidangan seperti “Cotton Candy” dan “popcorn” di kios yang disediakan.

Selain itu, tetamu juga dapat menikmati haruman yang mempesonakan di kios “Bath & Body Works”. Mereka juga berpeluang mengambil gambar di kios “Hot Air Balloon” yang menarik, serta bermain dengan “Motion-Sensor Dancing Flower” untuk pengalaman yang tak akan dilupakan.

Para tetamu akan menerima barangan berkelah lain atau ‘picnic starter pack’ lain seperti kipas mini, losyen penghalang nyamuk, losyen pelindung matahari, dan peniup buih.

Tambahan pula, pembeli berdaftar akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam cabutan bertuah dengan peluang memenangi hadiah istimewa termasuk baucar tunai “Burger & Lobster” bernilai RM600 setiap set, set hadiah dari “Bath & Body Works”, hamper barangan dari “Whittard of Chelsea”, serta alat perkakas rumah daripada Remax.

Suria KLCC bekerjasama dengan rakan kongsi seperti Burger & Lobster, Bath & Body Works, Whittard of Chelsea, Remax, Guardian, dan Toys “R” Us dalam mewujudkan pengalaman ini.

Aktiviti ini memberikan makna yang mendalam kepada tetamu dan menawarkan pelbagai tawaran menarik sepanjang berlangsungnya aktiviti. Sesi aktiviti “Picnic in the Park” akan diakhiri dengan persembahan kemuncak Simfoni Irama Tasik.

Andrew Brien selaku Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd berkata, “Kami sangat bersemangat untuk melancarkan aktiviti perkelahan ‘Picnic in the Park’ yang pertama kali di Suria KLCC.

“Aktiviti berkelah ini bertujuan menghargai keindahan semula jadi di sekitar Esplanade dan Taman KLCC. Sesuai dengan slogan ‘Always Something New’ yang menjanjikan pembaharuan setiap kali pelanggan mengunjungi kami, aktiviti riadah ini juga merupakan tanda penghargaan kami kepada pelanggan yang sentiasa memberikan pengalaman terbaik kepada mereka.

“Oleh itu, setiap pelanggan kami perlu merasai pengalaman berkelah ‘Picnic in the Park’ kali ini.”

Untuk info lanjut, anda boleh layari www.suriaklcc.com.my.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd