Now Reading
Anwar Ibrahim Akan Jumpa Elon Musk Minggu Depan, Ingin Perkukuh Pelaburan Di Malaysia

Anwar Ibrahim Akan Jumpa Elon Musk Minggu Depan, Ingin Perkukuh Pelaburan Di Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk ingin membincangkan tentang pelaburan Tesla di dalam negara.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Syarikat automotif dan tenaga bersih dari Texas, Amerika Syarikat, bakal memulakan operasinya di Malaysia pada tahun ini.

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bakal bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk pada minggu hadapan untuk membincangkan pelaburan syarikatnya yang dijangka akan mengukuhkan ekonomi negara, lapor Kosmo.

Perkara itu diumumkan oleh Anwar ketika berucap di Majlis Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban, hari ini (7 Julai).

Minggu hadapan, Elon Musk meminta untuk berunding dengan saya, untuk bincang kemungkinan komitmen beliau untuk tambah pelaburan di Malaysia.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Malaysia Terima Pelaburan Dari Serata Dunia

Sebelum ini, Anwar telah berjumpa dengan pelabur-pelabur dari Jepun minggu lepas yang menyatakan keingingan mereka untuk mengembangkan pelaburan di Malaysia.

Anwar juga telah ke negara China beberapa bulan lalu. Menurutnya, pelaburan China ke Malaysia adalah tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM170 bilion.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata tarikan pelaburan domestik dan asing ke dalam negara penting bagi menguruskan pendekatan ekonomi negara.

Ini penting, jika tiada pelaburan, pengangguran akan meningkat, ekonomi tidak akan berkembang, restoran, hotel dan lain juga akan terjejas.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim

Di samping itu, Anwar berkata syarikat Saudi Aramco dari Arab Saudi telah bersetuju untuk mengembangkan pelaburan mereka di Johor.

Sebagai info, Tesla yang terkenal dengan kereta elektrik dan fungsi ‘autopilot’ telah diasaskan pada tahun 2003 oleh usahawan Amerika Martin Eberhard dan Marc Tarpenning.

Musk telah dilantik sebagai CEO Tesla pada Oktober 2008. Musk kemudiannya mengambil alih platform media sosial Twitter pada tahun Oktober 2022.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd