Now Reading
[Video] Ramai Tak Tahu Perbezaan Antara Hasad & ‘Ain, Ini Penjelasan Ulamak Syaikh Wahid

[Video] Ramai Tak Tahu Perbezaan Antara Hasad & ‘Ain, Ini Penjelasan Ulamak Syaikh Wahid

Menurut laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan, penyakit ‘ain adalah thabit (kukuh) di dalam nas-nas syara’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Kebelakangan ini, penyakit ‘Ain umpama sudah menjadi suatu trend apabila segelintir pengguna media sosial mendakwa sering terkena penyakit tersebut apabila wajah yang licin secara tiba-tiba berjerawat.

Malah seorang influencer sebelum ini pernah mendakwa terkena penyakit tersebut di mana wajahnya yang cantik sering menerima pujian ramai sehingga ada yang bersikap iri hati.

Bagaimanapun, kebanyakan orang ramai masih keliru dan tidak tahu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan penyakit ‘Ain dan apa perbezaannya dengan penyakit Hasad.

Syaikh Wahid terangkan perbezaan Hasad dan ‘Ain

Susulan itu, ulama Mesir Syaikh Wahid Abdussalam Bali telah menerangkan secara ringkas perbezaan di antara Hasad dan ‘Ain dalam satu temu bual di sebuah stesen televisyen luar negara.

Video mengenai perbezaan kedua-dua penyakit itu kemudiannya dikongsikan oleh pengacara Fedtri Yahya di akaun Twitter miliknya.

Hasad datang dari jiwa yang buruk

Menurut Syaikh Wahid, penyakit Hasad datang daripada jiwa yang buruk yang menginginkan seseorang itu kehilangan nikmat yang dimilikinya.

Penyakit ini mula muncul apabila seseorang itu berasa tidak puas hati terhadap nikmat atau kelebihan yang dimiliki orang lain.

‘Ain pandangan dengan rasa kagum tanpa minta keberkatan dari Allah SWT

Manakala ‘Ain pula merupakan suatu pandangan dengan kekaguman dan lupa untuk berdoa meminta keberkatan daripada Allah SWT.

“Dan dari sini kami katakan, boleh jadi orang yang soleh terkena ‘Ain dan boleh jadi seseorang itu terkena ‘Ain kerana hartanya dan anak-anaknya.

“Jadi dalam hal sebegini, selayaknya bagi manusia apabila kagum dengan sesuatu agar berdoa dengan Allah SWT agar mendapat keberkatan,” katanya.

Elak penyakit ‘Ain dengan berdoa minta keberkatan pada Allah

Jelasnya, berdoa meminta keberkatan daripada Allah SWT sewaktu melihat sesuatu yang kita kagumi dapat mengelak daripada seseorang itu terkena penyakit ‘Ain.

Untuk info, menurut Laman Web Mufti Wilayah Persekutuan, penyakit ‘ain adalah thabit (kukuh) di dalam nas-nas syara’.

Allah SWT berfirman:

وَإِن يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ

Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian).

Surah Al-Qalam (51)

Ibn Abbas, Mujahid dan lain-lain berkata: (لَيُزْلِقُونَكَ) bermaksud mereka hendak menggelincirkan. (بِأَبْصَارِهِمْ) “Dengan mata mereka, maksudnya mereka dengki kepadamu kerana kebencian mereka terhadapmu. Seandainya bukan kerana perlindungan dan pemeliharaan Allah pada dirimu dari mereka (nescaya engkau tidak selamat).

Berdasarkan ayat ini, jelas terdapat dalil yang mengatakan bahawa sasaran dan pengaruh ‘mata’ benar-benar nyata adanya atas perintah Allah SWT.

Selain itu, terdapat juga hadis yang menguatkan lagi tentang kebenaran penyakit ‘Ain ini seperti daripada Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW bersabda (الْعَيْنُ حَقٌّ).

Ayat ini bermaksud, Al-‘Ain itu adalah haq (benar)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd