Now Reading
Wajah Ustaz Kazim Elias Berubah 70% Dari Asal Lepas Terkena Penyakit Ain

Wajah Ustaz Kazim Elias Berubah 70% Dari Asal Lepas Terkena Penyakit Ain

Wajah Datuk Ustaz Kazim Elias dilihat agak berbeza selepas matanya semakin cengkung dan lebam serta bahagian bibir menjadi hitam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Penggunaan media sosial sekarang ini memudahkan orang ramai untuk melihat kehidupan kita.

Namun, siapa sangka mungkin ada individu yang cemburu dengan ‘keindahan’ kehidupan seseorang sehingga timbulnya penyakit ain di dalam diri mereka.

Antara individu yang dipercayai terkena penyakit ain ini ialah Datuk Ustaz Kazim Elias.

Ustaz Kazim Elias mungkin terkena buatan orang

Kredit: Astro Awani

Sebelum ini, penceramah tersebut dikhabarkan terkena ‘penyakit misteri’ selepas keadaan kesihatannya tiba-tiba merosot.

Kakinya menjadi bengkak dan menyukarkan dia untuk berjalan sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila ada individu yang mendakwa ternampak gambar Ustaz Kazim Elias di dalam sebuah peti khas di Thailand ketika sedang berubat dengan seorang Sami.

Individu tersebut mendakwa bahawa penceramah tersebut mungkin terkena buatan orang.

Ustaz Kazim Elias akui terkena penyakit ain

Menerusi perkongsian video oleh seorang pengguna TikTok @azlanazs, wajah Ustaz Kazim Elias agak berbeza berbanding dahulu di mana matanya semakin cengkung dan lebam serta bahagian bibir menjadi hitam.

Boleh dikatakan hampir 70% wajahnya asalnya telah berubah.

Ustaz Kazim turut memaklumkan dia mungkin terkena penyakit ain dan kini sedang menerima rawatan.

Menurutnya lagi, jika penyakit itu tidak dapat disembuhkan, dia terpaksa bermandi di sungai pada waktu Subuh selama beberapa hari.

Pendakwah itu juga berharap agar orang ramai terus mendoakan kesembuhannnya dan meminta agar masyarakat terhindar daripada penyakit yang boleh membawa maut ini.


Apa itu penyakit ain?

Seorang pendakwah iaitu Ustaz Mohd Hassan Adli Yahaya menjelaskan bahawa penyakit ain ini boleh terjadi disebabkan pandangan mata yang disertai dengan hasad dengki atau iri hati terhadap seseorang.

Penyakit ini bukan setakat boleh terjadi akibat komen-komen buruk daripada orang ramai, pujian yang diterima juga boleh membuka ruang seseorang untuk terkena penyakit ini.

Ia juga akibat rasa takjub terhadap apa yang dipandang walaupun tanpa sekelumit pun rasa iri hati, tidak kiralah sama ada daripada orang soleh atau orang yang dicintai sekalipun.

Ustaz Mohd Hassan Adli Yahaya.

Katanya lagi, kita lebih digalakkan untuk mengucapkan “MasyaAllah” jika ingin memuji seseorang.


Takutlah dengan orang zaman sekarang ni kan? Sebab kita tak tahu kalau ada sesiapa yang ada perasaan dengki dengan kita.

Boleh jadi seseorang yang kita rapat ataupun yang langsung tidak dikenali.

Kami doakan semoga Ustaz Kazim Elias cepat sembuh dan kita semua terhindar daripada penyakit ini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd