Now Reading
[Video] Ramai Terpegun Tengok Halaman Rumah Banglo Datuk Yusof Haslam, Siap Ada Kandang Kambing & Court Badminton

[Video] Ramai Terpegun Tengok Halaman Rumah Banglo Datuk Yusof Haslam, Siap Ada Kandang Kambing & Court Badminton

Siapa sangka rumah banglo mewah itu juga memilik persekitaran yang dipenuhi dengan tumbuhan dan ternakan haiwan seakan di kawasan kampung.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Umum mengetahui, pengarah dan penerbit filem terkenal Datuk Yusof Haslam memilik pelbagai koleksi barangan mewah hasil titik peluhnya sendiri.

Tidak hanya itu, jutawan tersebut juga memiliki sebuah rumah banglo mewah 6 tingkat di Taman Melawati, Selangor yang dapat dilihat berdiri gah di atas bukit.

Bagi yang pernah melihat banglo tersebut dari kejauhan, pasti anda pernah terfikir bagaimanakah keadaan di dalam halaman rumah berkenaan.

Yusof Haslam buat video ‘house tour’ halaman rumah banglo

Baru-baru ini Yusof Haslam dilihat berkongsi satu video ‘house tour’ di kawasan halaman rumah banglo miliknya menerusi akaun media sosial rasmi syarikat Skop Production Sdn Bhd.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @skoptiktok, beliau membawa sekumpulan pelajar praktikal untuk melihat kawasan halaman rumahnya.

“Hari ini ada budak-budak intern sibuk nak ikut saya nak tengok kebun dan kandang kambing, itik, ayam yang saya bela,” katanya.

Rumah ada gelanggang badminton, pernah jadi tempat penggambaran drama Sembilu Kasih

Di dalam video tersebut, kelihatan Yusof Haslam menunjukan kawasan gelanggang badminton yang pernah digunakan untuk bermain badminton bersama anak-anaknya.

Tidak hanya itu, kawasan tersebut juga pernah digunakan sebagai tempat penggambaran bagi drama Sembilu Kasih.

“Saya pernah main badminton dekat sini dengan Syamsul masa dia muda-muda lah. Kita ‘shooting’ drama Sembilu Kasih pun kat sini juga masa 2003 ke 2004 kalau tak silap saya,” katanya lagi.

Ada kandang kambing, reban ayam, itik dan angsa

Selepas itu, Yusof Haslam menunjukan pula kandang kamping, reban ayam, itik dan angsa yang berada di halaman rumahnya.

Siapa sangka rumah banglo mewah itu juga memilik persekitaran yang dipenuhi dengan tumbuhan dan ternakan haiwan seakan di kawasan kampung.

Fuh siap ada kawasan ‘view point’, nampak seluruh Taman Melawati

Pada masa yang sama, penerbit drama bersiri Gerak Khas itu turut membawa sekumpulan pelajar praktikal itu melihat kawasan ‘view point’ yang ada di rumah tersebut.

Ruangan tersebut digunakan untuk bersantai bersama-sama ahli keluarga sambil menikmati pemandangan indah di sekitar kawasan Taman Melawati.

Difahamkan juga, kawasan tersebut turut digunakan sebagai tempat penggambaran beberapa buah filem dan drama terbitan syarikatnya.

Ramai terpegun tengok halaman rumah banglo Yusof Haslam

Memindai ruangan komen, perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Tidak hanya itu, rata-rata netizen turut terpegun melihat kecantikan halaman rumah banglo mewah bapa pengarah Syamsul Yusof itu.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd