[Video] Warga Emas Terpaksa Menjaja Di KLIA Demi Tangung Kos Rawatan Kanser Buat Ramai Simpati
Difahamkan, makcik berusia dalam lingkungan 60-an itu menjual pelbagai jenis nasi berlauk seperti nasi rendang ayam, nasi minyak, nasi ayam merah dan sebagainya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Setiap manusia pasti mempunyai nasib berbeza-beza, ada yang dilahirkan dalam keluarga yang kaya dan ada yang dibesarkan dengan serba kekurangan.
Namun, tujuan kehidupan ini adalah untuk melengkapi antara satu sama lain dan mempelajari erti bersyukur terhadap segala rezeki yang telah diberikan oleh yang Maha Esa.
Bagi yang hidup serba kekurangan pula, sudah pasti pelbagai ikhtiar akan digunakan untuk mencari rezeki termasuklah bekerja, berniaga, menjaja mahupun meminta bantuan daripada pihak bertanggungjawab.
Makcik terpaksa jaja makanan di KLIA demi kelangsungan hidup
Seperti baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi cerita mengenai nasib seorang makcik yang terpaksa menjaja makanan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) demi kelangsungan hidupnya.
Menerusi ciapan di laman Twitter @izx2471, dia berkata pada awalnya tidak ingin membeli nasi yang dijual oleh wanita itu.
Bagaimanapun, dia mengubah fikirannya untuk membeli kerana simpati selepas melihat bakul makanan yang dibawa oleh warga emas tersebut.
Jaja makanan demi cari wang untuk tanggung kos rawatan kansernya
Tidak melepaskan peluang, dia turut bertanya mengapa wanita itu berniaga di saat umurnya yang sudah lanjut ini.
Apa yang menyentuh hati apabila warga emas itu memaklumkan dia terpaksa berniaga untuk mengumpul duit bagi menangung kos rawatan dan perubatan penyakit kansernya.
Difahamkan, makcik berusia dalam lingkungan 60-an itu menjual pelbagai jenis nasi berlauk seperti nasi rendang ayam, nasi minyak, nasi ayam merah dan sebagainya.
Ramai simpati dan sudi beli makanan yang dijualnya
Perkongsian tersebut ternyata mendapat perhatian pengguna laman Twitter di mana rata-rata mereka turut bersimpati melihat nasib wanita tua itu dan berbesar hati untuk membeli makanannya sekiranya berjumpa.
Selain itu, mereka turut memberi cadangan agar warga emas terbabit memohon bantuan seperti MySalam dan sebagainya bagi meringankan beban yang ditanggungnya.
Nampak dia jual dekat staff bungkus kaw kaw 2hari lepas. Tak tahu pulak dia jual untuk cover rawatan sakit. Mak cik ni bagus tak approach pun orang yang tengah makan.
— Rei teck (@hhariss_) March 3, 2023
suruh dia buat mysalam. dapat atlease 10k. i tau sbb my mom kena cancer. and i tlg dia buat
— D. (@dini_khirudin) March 3, 2023
Alhamdulillah, already bought 3 from her. Semoga urusan makcik tu dipermudahkan. Sesiapa nak no acc makcik tu dm I okies. Dia berniaga area klia,klia2 and mitsui pic.twitter.com/vobeYezv3F
— limapuluuuuhh (@alyakamal_) March 3, 2023
Walau apa pun, tidak menjadi kesalahan untuk seseorang itu membantu dengan membeli makanan yang dijual oleh warga emas terbabit.
Apa-apa pun, semoga urusan makcik dipermudahkan.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.