Now Reading
ASUS Lancar Vivobook 15X OLED Dengan CPU AMD Ryzen 5000, Harga Bermula Dari RM3,299

ASUS Lancar Vivobook 15X OLED Dengan CPU AMD Ryzen 5000, Harga Bermula Dari RM3,299

Kedua-dua varian sudah tersedia untuk dijual di kedai fizikal dan stor online rasmi ASUS sejak 17 Ogos 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


ASUS Malaysia semalam (17 Ogos) melancarkan Vivobook 15X OLED baharu
(M1503, AMD), laptop yang penuh dengan ciri paparan OLED HDR cemerlang dengan DCI-P3 gred pawagam gamut.

ASUS Vivobook 15X OLED yang hadir dengan dua varian iaitu Ryzen 5 (5600H) dan Ryzen 7 (5800H) memudahkan pengguna untuk menyelesaikan sesuatu tugasan di mana-mana sahaja.

Semuanya telah dipertingkatkan baik dari pemproses (AMD 5 dan AMD Ryzen 7) hinggalah ke engsel rata 180° (bagi fleksibeliti skrin) selain penampilannya iaitu warna yang moden dan reka bentuk geometri yang menawan.

Spefisikasi

Prestasi memberangsangkan

Laptop mesra pengguna yang cocok untuk anak muda ini dikuasakan oleh pemproses sehingga AMD Ryzen™ 7 5800H  termasuk pelbagai jenis komponen berkualiti tinggi dan ciri inovatif yang menjadikannya sesuai untuk sebarang tugasan seperti memori 8GB DDR4 (boleh ditingkatkan) dan ruangan 512GB M.2 NVME PCie 3.0 SSD.

Selain menggunakan grafik AMD Radeon, ia juga hadir dengan paparan OLED NanoEdge hebat dengan resolusi 2.8K (2800×1620), kadar segar semula (refresh rate) 120 Hz, kadar respon 0.2 ms, gamut warna 100% DCI-P3 – gred pawagam yang mendapat pengesahan PANTONE® bagi ketepatan warna dan kecerahan puncak HDR 550 nits selain Pensijilan VESA DisplayHDR™ True Black 600 bagi memastikan warna hitam yang paling jelas dan nisbah kontras yang tinggi untuk perincian.

Bukan sahaja hebat dari segi ketahanan bateri iaitu selama 14 jam (sekali caj), model ini juga menawarkan pengecasan pantas sehingga 90 Watt.

Dari segi keselamatan pula,  laptop sebertat 1.7kg ini turut menawarkan beberapa ciri menarik termasuk pelindung fizikal bagi webcam untuk tujuan privasi, papan kekunci ASUS ErgoSense bersaiz penuh dan sensor cap jari dalam touchpad. Selain itu ia juga menggunakan ASUS Antibacterial Guard untuk melindungi pengguna daripada bakteria berbahaya.

Selain itu, Vivobook 15X OLED (M1503) yang hadir dengan warna Quiet Blu turut dilengkapi set port I/O lengkap, 1x port USB-C 3.2 Gen 1, 2x port USB 3.2 Gen 1 Type-A, 1x port USB 2.0, output HDMI dan bicu kombo audio.

Dengan semua penawaran ini anda boleh menyambungkan laptop ini kepada pelbagai peranti, paparan dan projektor dengan mudah.

Harga dan perbezaan spefikasi

Vivobook 15X OLED (M1503) kini boleh didapati pada harga RM 3,299 (Ryzen 5) dan RM 3,699 (Ryzen 7).

Kedua-dua varian sudah tersedia untuk dijual di kedai fizikal dan kedai online rasmi ASUS sejak 17 Ogos 2022.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd