Now Reading
Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe Sah Meninggal Dunia Selepas Ditembak

Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe Sah Meninggal Dunia Selepas Ditembak

Shinzo Abe merupakan Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat di Jepun selepas memegang jawatan sebanyak dua kali iaitu pada 2006 dan sekali lagi pada 2012-2020.

Selepas beberapa jam menerima rawatan, bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe akhirnya disahkan telah meninggal dunia selepas ditembak dari belakang sewaktu sedang memberi ucapan bagi satu kempen di wilayah Nara.

Menurut laporan Japan Times dan NHK, Abe menghembuskan nafas yang terakhir pada usia 67 tahun sewaktu sedang menerima rawatan di sebuah hospital di bandar Kashihara.

Shinzo Abe merupakan Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat di Jepun selepas memegang jawatan sebanyak dua kali iaitu pada 2006 dan sekali lagi pada 2012-2020.

Bukan itu sahaja beliau juga merupakan Perdana Menteri termuda yang pernah memegang jawatan tertinggi di negara matahari terbit itu sewaktu dilantik pada 2006 sewaktu usianya baru mencecah 52 tahun.

Terdahulu media tempatan melaporkan beliau dalam keadaan kritikal apabila berdepan ‘cardio-respiratory arrest’ iaitu fungsi jantung dan pernafasan terhenti akibat dari tembakan tersebut.

Suspek yang menembak beliau bagaimanapun berjaya ditahan dan senjata yang digunakannya turut dirampas.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd