[Video] Kucing Keluar Muntah Darah, Disyaki Ada Individu Tidak Dikenali Berdendam
Keadaan kucing bernama Tod itu lebih memilukan apabila dia kedengaran seolah-olah meronta kesakitan sehingga keluar muntah darah semasa dirawat akibat terkena sihir.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dendam antara manusia boleh menyebabkan seseorang bertindak di luar kawalan sehingga ada yang sanggup melakukan perbuatan khianat melibatkan penggunaan ilmu hitam.
Ilmu hitam atau sihir adalah perkara yang diharamkan dalam agama Islam, tetapi segelintir pihak tidak mengendahkan hukum ditetapkan oleh Allah SWT itu demi memenuhi kehendak mereka.
Ilmu hitam ini boleh mengakibatkan mangsa yang terkena mengalami beberapa petanda seperti muntah keluar paku, gumpalan rambut dan sebagainya.
Artikel Berkaitan: Serik 3 Hari Muntah Paku, Scammer Mohon Maaf & Rayu Kepada Mangsa Henti Hantar Santau
Artikel Berkaitan: Hantar Video ‘Ritual Sihir’, Scammer Ugut Bakal Santau Jika Mangsa Enggan Bayar RM100
Artikel Berkaitan: “Tergamak Kau Ya” – Diva AA Dedah Diri Disihir, Dakwa ‘Dihantar’ Dari Orang Dalam Industri
Kucing Terkena Sihir Sehingga Muntah Darah
Kebiasaannya, perbuatan sihir berlaku kepada manusia.
Tetapi menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@meelchaaa), beberapa ekor kucing peliharaannya dikatakan telah menjadi mangsa perbuatan khianat dari seseorang tidak dikenali.
Wanita dikenali sebagai Meelchaa itu menjelaskan salah satu kucing peliharaannya bernama Tod sebelum ini menunjukkan beberapa petanda pelik sebelum mula jatuh sakit.
Antara petanda yang ditunjukkan adalah seperti tercari-cari ‘sesuatu’ ketika waktu Maghrib.
Todd teringat tepat 7.30 malam waktu maghrib, dia pergi ke catwheels. Dia tercari-cari benda yang dia nampak haritu. Saya seram dalam masa yang sama sedih tengok Tod macam ni, satu bilik jugak dia pusing mencari, bukan dekat catwheels je.
TikToker, Meelchaaa.
Namun keadaan menjadi semakin merisaukan ketika seorang perawat ilmu makhluk halus mahu merawat Tod.
Dalam video tersebut, Tod telah muntah darah ketika perawat cuba mengeluarkan sihir dan makluk halus yang berada di dalam haiwan terbabit.
Lebih memilukan lagi, Tod juga kedengaran seperti meronta menahan kesakitan yang dialami ketika cuba dirawat oleh lelaki berkenaan.
Allahuakbar, luluh hati saya sebagai seorang ibu kepada kucing-kucing saya, lebih-lebih lagi bila Tod meronta meraung macam tu. Maafkan mommy Todd 😭 sebabkan dendam org dekat mommy, Todd yang jadi mangsa. Mommy minta maaf sangat.
TikToker, Meelchaaa.
Pemilik Kucing Mohon Individu Hantar Sihir Bertaubat
Susulan insiden yang berlaku ini, Meelchaa berharap agar individu yang menghantar sihir kepada Tod untuk bertaubat dan berhenti berdendam.
Dalam pada masa yang sama, Meelchaa juga telah memaafkan individu tersebut yang dipercayai berbangsa Melayu, beragama Islam dan muda.
Kepada yang hantar sihir kepada Tod, cukuplah simpan dendam, bertaubatlah selagi masih belum terlambat dan please leave us alone, move on. Apa apa pun semua yang terjadi atas izin Allah. Jadi saya maafkan awak. Saya redha. Saya tak nak hidup dalam dendam.
TikToker, Meelchaaa.
Perkongsian video ketika rawatan untuk mengeluarkan sihir dari dalam badan Tod itu dimuat naik untuk dijadikan iktibar kepada orang ramai dan mendedahkan bahawa haiwan juga boleh terkena sihir.
Ramai Netizen Luah Rasa Sedih Dengan Nasib Kucing Tod Terkena Sihir
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kasihan dan sedih melihat keadaan kucing itu sehingga muntah darah ketika perawat cuba mengeluarkan makhluk halus dari dalam tubuh badan.
Malah, ada juga netizen yang tertanya-tanya tentang petanda awal yang dialami oleh kucing-kucing miliknya.
Menerusi carian kami, kucing dikenali sebagai makhluk yang boleh menyerap aura negatif dari tuannya dan dikaitkan dengan perkara mistik seperti pendinding bagi melindungi tuannya dari diganggu makhluk halus.
Sumber: TikTok Meelchaa
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.