Now Reading
Serik 3 Hari Muntah Paku, Scammer Mohon Maaf & Rayu Kepada Mangsa Henti Hantar Santau

Serik 3 Hari Muntah Paku, Scammer Mohon Maaf & Rayu Kepada Mangsa Henti Hantar Santau

Katanya duit yang dibayar ‘lesap’ dan barangan yang dibeli tidak diterima menjadi punca pembeli bertindak menghantar santau kepada scammer.

scammer merayu mangsa henti hantar santau

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Walaupun sudah pelbagai cara dilakukan untuk membanteras jenayah scam di seluruh dunia, tetapi golongan ini masih tidak berputus asa untuk menipu orang ramai. Ada je taktik mereka untuk mencari mangsa baharu.

Antara taktik yang pernah digunakan oleh mereka adalah dengan menggodam akaun Telegram dan berlakon sebagai ahli keluarga mangsa untuk meminta wang.

BACA JUGA: Scammer Guna Taktik Godam Telegram Ahli Keluarga Untuk Tipu Mangsa

Scammer dihantar santau daripada mangsa sehingga muntah paku

Namun lain pula yang berlaku kepada seorang scammer ini apabila dia dikatakan menerima ‘balasan’ daripada mangsanya atas perbuatannya itu.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter (@alffm_), scammer berkenaan dilihat merayu kepada seorang pembeli untuk berhenti menghantar santau kepada dirinya selepas dia terseksa muntah paku selama tiga hari.

Katanya duit yang dibayar ‘lesap’ dan barangan yang dibeli tidak diterima menjadi punca pembeli bertindak sedemikian.

Pembeli itu juga meminta scammer berkenaan segera membayar ganti rugi duitnya dan mengugut untuk menghantar santau yang lebih teruk jika tiada wang pampasan diterima.

Ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan pembeli

Boleh dikatakan majoriti pengguna media sosial memberi reaksi yang kurang senang terhadap tindakan pembeli tersebut kerana dia menggunakan amalan sihir yang ditegah dalam agama Islam.

Malah ada juga yang seolah-olah menyamakan hukum perbuatan scammer dan mangsanya itu.

Semoga apa yang berlaku ini boleh dijadikan pengajaran untuk kita semua. Bengang macam mana sekali pun, janganlah sampai sanggup buat perkara yang dilarang dalam Islam kerana nanti kita juga yang akan menanggung dosanya.

BACA JUGA: Rizalman Dedah Scammer Cuba Menyamar Sebagai ‘Tuanku Permaisuri Agong’


Hukum amalan sihir dalam Islam

Amalan sihir dianggap sebagai perbuatan syirik di sisi agama Islam dan berdosa besar. Menurut sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), mereka yang mempercayai amalan ini juga telah jatuh sebagai kafir.

Firman Allah SWT:

قُلْ لَّا يَعْلَمُ مَنْ فِى السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِ الْغَيْبَ اِلَّا اللّٰهُ ۗوَمَا يَشْعُرُوْنَ اَيَّانَ يُبْعَثُوْنَ

Maksudnya: Katakanlah (Muhammad), “Tidak ada sesuatu pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang gaib, kecuali Allah. Dan mereka tidak mengetahui kapan mereka akan dibangkitkan. (Surah al-Naml ayat 65)

Malah, mereka yang mengunakan khidmat sihir ini juga boleh dikenakan hukuman Ta’zir.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd