[Video] “Comel Lah Ustaz”- Gelagat UAI Ketika Perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan Raih Perhatian
Menerusi video tersebut, kelihatan ramai peserta yang menyertai perbarisan ketika sambutan Hari Kemerdekaan itu berlangsung tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama ustaz Azhar Idrus.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pejam celik sudah 66 tahun kita mendapatkan kemerdekaan dan setiap kali 31 Ogos pasti semua rakyat tidak akan melepaskan peluang untuk meraikannya.
Sambutan Hari Kemerdekaan yang diadakan di seluruh negara ini bukan hanya untuk menghargai jasa wira yang telah berbakti kepada negara.
Tetapi sambutan ini untuk memupuk semangat patriotik di kalangan masyarakat untuk cintakan negara.
Ustaz Azhar Idrus tak lepaskan peluang turut serta raikan sambutan Hari Kemerdekaan
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus apabila beliau turut tidak melepaskan peluang untuk turun padang bagi meraikan sambutan Hari Kemerdekaan dipercayai di Terengganu.
TLDM tak lepaskan peluang siap pimpin tangan untuk bergambar
Bukan hanya kumpulan Bomba, skuad Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengannya.
Kelihatan salah seorang daripada anggota TLDM telah bertindak memimpin tangan pendakwah itu dan membawanya ke arah rakan-rakan lain untuk bergambar.
Beliau yang sedar menjadi perhatian ketika perbarisan itu turut dilihat ceria melayan telatah peserta perbarisan ketika sambutan Hari Kemerdekaan itu berlangsung.
Dalam satu video yang dimuat naik oleh Rasydan turut kelihatan ada yang mengambil kesempatan untuk bersalaman dan melambai tangan kepada pendakwah itu.
“Hati baik semua orang sayang, contoh salah seorang ulama yang patut kita ikut. UAI ulama yang baik”
“Terbaik, seronok tengok”
“Lepas ni UAI boleh masuk perbarisan sekali”
“Terbaiklah”
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.