Now Reading
[Video] “Ingatkan Dominic Toretto Tadi” – Netizen Terkejut Tengok Muka Peniaga Bazar Ramadan ‘Sebiji’ Macam Vin Diesel

[Video] “Ingatkan Dominic Toretto Tadi” – Netizen Terkejut Tengok Muka Peniaga Bazar Ramadan ‘Sebiji’ Macam Vin Diesel

Peniaga yang dikatakan mirip pelakon filem Fast & Furious iaitu Vin Diesel ini dijumpai oleh pelanggan ketika ingin membeli hidangan kunafa di bazar Ramadan di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

kembar vin diesel di bazar ramadan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kalau anda pernah tengok filem Fast & Furious, mesti akan kenal dengan pelakon Vin Diesel yang memegang watak Dominic Toretto.

Vin Diesel dikenali sebagai seorang yang memiliki badan tegap dan mempunyai rambut sangat halus, seolah-olah kepalanya botak.

Boleh tahan ramai juga peminat Vin Diesel ini kerana jumlah pengikutnya di laman Instagram sahaja sudah mencecah 91.3 juta orang. Wow!

[Video] Peniaga Bazar Ramadan 'Sebiji' Macam Vin Diesel Jadi Perhatian Orang Ramai
Sumber: Instagram @vindiesel

Vin Diesel Katanya Ada ‘Kembar’ Yang Menjual Kunafa Di Bazar Ramadan

Baru-baru ini, sebuah video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@flamjars) telah tular di media sosial apabila dia menunjukkan wajah peniaga bazar Ramadan yang dikatakan mirip seperti Vin Diesel.

Difahamkan, lelaki itu berniaga di bazar Ramadan Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

Ketika video tersebut dirakam, peniaga berkenaan sedang mengambil pesanan makanan dari pelanggannya yang ingin membeli hidangan manisan negara Arab iaitu kunafa.

[Video] Peniaga Bazar Ramadan 'Sebiji' Macam Vin Diesel Jadi Perhatian Orang Ramai
Sumber gambar: TikTok @flamjars

Kalau tengok sekali imbas, gaya lelaki itu dari segi fizikal tubuh badannya yang memakai baju t-shirt berwarna putih dan seluar jeans biru memang ‘sebiji’ macam Vin Diesel.

Video ‘kembar’ Vin Diesel ini mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 2.4 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

@flamjars

bro selling kunafa for family

♬ Bandoleros – Don Omar

Komen Netizen Tengok ‘Kembar’ Vin Diesel Kelakar Pula!

Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan pelbagai jenis reaksi dari netizen selepas melihat wajah peniaga bazar Ramadan yang dikatakan seiras dengan Vin Diesel.

Ada yang sempat membuat gurauan kononnya watak utama filem Fast & Furious itu terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi dan terpaksa berniaga.

Bukan itu sahaja, ramai netizen yang memberi nama lain kepada Fast & Furious selepas melihat kelibat lelaki mirip Vin Diesel berniaga. Macam-macam nama ya mereka bagi.

Kalau anda ingat, ada satu ayat dalam filem Fast & Furious yang disebut oleh watak Dominic Toretto berkaitan keluarga iaitu ‘Nothing Strong Than Family’. Ramai yang cuba mengaitkan skrip itu dengan peniaga di bazar Ramadan tersebut.

Terdahulu, pernah wujud seorang lagi lelaki dari Thailand yang juga dilihat mempunyai wajah hampir serupa seperti Vin Diesel.

Sekali tengok memang ada iras betul! Gaya pakaian lelaki itu dan pelakon Vin Diesel pun lebih kurang sama.

Paling tak tahan, posing lelaki yang tinggal di Chiang Rai, Thailand itu juga dilihat hampir sama dengan watak Dominic Toretto di dalam filem Fast and Furious.

BACA JUGA: Lelaki Mirip Wajah Pelakon Vin Diesel Jadi Tumpuan Netizen


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd