Iklan Eric Cantona Bersama CARSOME Menang Anugerah Di Acara YouTube Malaysia
Kempen CARSOME X Cantona: Driving Standards Forward membawa tuah kepada syarikat ini dalam memenangi beberapa anugerah di YouTube Festival Awards 2022.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
YouTube merupakan platform yang menjadi tumpuan ramai untuk mendapatkan hiburan berbentuk video dari pelbagai bidang termasuklah masakan, fesyen, muzik, automotif dan sebagainya.
Baru-baru ini, YouTube telah menganjurkan acara tahunan YouTube Festival Awards 2022 buat kali kedua di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.
Ketika acara tersebut, Ketua YouTube Malaysia Ben Jern menceritakan platform ini sudah berkembang maju daripada hanya menjadi tempat orang ramai memuat naik video kepada terbentuknya sebuah komuniti.
Apa yang mengujakan lagi adalah terdapat lebih 100 saluran YouTube di Malaysia yang sudah mempunyai sekurang-kurangnya satu juta pengikut (subscriber) di akaun mereka.
Berikutan itu, YouTube Malaysia telah memberi anugerah Gold Creator Award kepada para YouTuber di atas pencapaian mereka yang cukup membanggakan itu.
Antaranya:
- Lizz Chloe (Dumpling Soda)
- Isaac Osman
- Syafiq Aiman
- Azfar Badrul
- Alex Ho (ì•Œë ‰ìŠ¤í‹°ë¹„ALEXTV)
- Roshede Basri (Syedot ASMR)
- Banden Tong (Banden)
- Changyong
YouTube Turut Umum Pemenang YouTube Works Awards Malaysia
Selain itu, YouTube juga mengumumkan senarai pemenang bagi Anugerah YouTube Works Malaysia untuk meraikan inovasi dan kreativiti dalam bidang pengiklanan mengikut lima kategori.
Para pemenangnya adalah:
1. Allianz Malaysia – Action Driver (Pemandu Tindakan)
2. Hotlink – Kolaborasi Terbaik: Jenama & Pencipta Kandungan YouTube
3. CARSOME – Inovasi Media Terbaik
4. Celcom Axiata – Penceritaan Terbaik
5. RHB Group – Force For Good (Pemacu Kebaikan)
Kempen CARSOME X Cantona: Driving Standards Forward Juara Iklan YouTube Malaysia Terbaik 2022
CARSOME juga telah dinobatkan sebagai pemenang untuk anugerah Iklan YouTube Malaysia Terbaik 2022 bagi kempen CARSOME X Cantona: Driving Standards Forward.
Kempen ini menjadi lebih istimewa dengan adanya penampilan legenda bola sepak terkenal iaitu Eric Cantona yang dilihat berkongsi proses kepada orang ramai tentang cara untuk memanfaatkan platform e-dagang itu bagi menjual dan membeli kereta terpakai.
Bukan itu sahaja, kemenangan ini sekali gus menjadikan CARSOME sebagai pemenang keseluruhan.
Tahniah kami ucapkan kepada CARSOME atas kemenangan dan anugerah yang diperolehi dalam acara ini.
BACA JUGA: Carsome Appoints King Cantona As Brand Ambassador
BACA JUGA: [Video] Kenderaan Hancur Akibat Banjir, Wanita Sebak Terima Bantuan Kereta Baharu
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.