Now Reading
PRU15: Agong Gesa Pemimpin Parti Serahkan Nama PM Pilihan Pada Jam 2PM, Hari Ini

PRU15: Agong Gesa Pemimpin Parti Serahkan Nama PM Pilihan Pada Jam 2PM, Hari Ini

Perkara ini berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November, mengakibatkan ‘parlimen digantung’ tanpa parti atau gabungan mempunyai kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi masa kepada pemimpin parti sehingga jam 2.00 petang hari ini (21 November) untuk berkumpul, mengisytiharkan pakatan mereka, dan bagi mana-mana pihak yang mempunyai cukup kerusi di Parlimen untuk menamakan Perdana Menteri pilihan mereka.

BACA JUGA: Muhyiddin Yakin Bakal Peroleh Sokongan Mencukupi Untuk Jadi PM Ke-10

Dalam satu kenyataan, Pegawai Pengawal Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata di bawah Seksyen 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, keputusan untuk membentuk kerajaan baharu dan melantik Perdana Menteri melalui proses ini adalah muktamad.

Perkara ini berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November mengakibatkan parlimen yang ‘digantung’ tanpa parti atau gabungan mempunyai kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan.

220 daripada 222 kerusi Parlimen dipertandingkan pada 19 November, ini bermakna sekurang-kurangnya 111 atau 112 kerusi diperlukan.

Meskipun PH mewakili blok terbesar iaitu 82 kerusi yang turut menambah 5 daripada DAP dan 1 daripada MUDA kepada 76 kerusi – pada saat ini nampaknya parti berkenaan masih tidak mempunyai gabungan.

PH dijangka mungkin akan bergabung dengan BN, tetapi parti itu menunjukkan prestasi yang buruk semasa PRU15 dengan hanya memegang 30 kerusi.

Malah, beberapa pihak turut menggesa pengerusi BN untuk meletakkan jawatan kerana individu tersebut pernah menjadi ‘suara paling lantang’ supaya Pilihan Raya Umum diadakan.

PN pula memegang 51 kerusi dan sebelum ini pernah bekerjasama dengan BN yang mempunyai 30 kerusi, manakala PAS yang mempunyai 22 kerusi. Pagi semalam (20 November), PN dan pemimpin parti PAS turut mengadakan pertemuan dengan GPS yang mempunyai 22 kerusi – dengan jumlah keseluruhan 103 kerusi.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd