Now Reading
HappyFresh Tawar Harga Rendah Untuk Bantu Rakyat Msia Hadapi Kadar Inflasi

HappyFresh Tawar Harga Rendah Untuk Bantu Rakyat Msia Hadapi Kadar Inflasi

HappyFresh Supermarket dengan liputan kawasan di Batu Caves, Setia Alam, Petaling Jaya, Klang, Bangsar, Ampang dan Kajang – membolehkan akses kepada lebih 15,000 unit penyimpanan stok (atau SKU).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap orang pasti mengenali platform runcit dalam talian iaitu HappyFresh yang kini dilihat semakin pesat berkembang di Asia Tenggara.

Dan hari ini (5 Julai), HappyFresh secara rasminya telah memperkenalkan HappyFresh Supermarket dengan pelancaran media di The Grounds, MAHSA Avenue, Kuala Lumpur.

HappyFresh Supermarket ingin menyediakan pengalaman membeli-belah runcit dalam talian yang mudah dengan Penghantaran Percuma dan tiada momen Kehabisan Stok.

Ia dilancarkan pada awal tahun 2022 dan kini merupakan pasar raya terkemuka di bawah HappyFresh – bersama rangkaian pasar raya di seluruh negara yang lain.

BACA JUGA: HappyFresh Anjur Kempen ‘Spend Big, Win Big’. Boleh Menang Baucar & FLYCYCLE!


Pengguna Lebih Pentingkan Produk & Harga

Pihak HappyFresh juga menyatakan mereka memahami bahawa pengguna sememangnya lebih mementingkan produk dan harga. Oleh itu, pengguna akan lebih cenderung mencari jenama yang dipercayai bagi memenuhi keperluan runcit mereka.

Berdasarkan data dan pengalaman, HappyFresh lebih memahami tentang cara memenuhi keperluan sebenar pelanggan.

HappyFresh Supermarket dengan liputan kawasan di Batu Caves, Setia Alam, Petaling Jaya, Klang, Bangsar, Ampang dan Kajang – membolehkan akses kepada lebih 15,000 unit penyimpanan stok (atau SKU).

Ia terdiri daripada produk segar, kering dan sejuk beku dalam inventorinya di tiga buah zon masing-masing dengan suhu yang dipantau rapi.

Kami percaya bahawa pelanggan harus mempunyai peluang untuk lebih banyak pilihan dengan pelbagai jenis produk yang segar dengan harga yang berpatutan tanpa perlu risau tentang kualitinya. Kepelbagaian produk akan terus berubah untuk memenuhi keperluan pelanggan, dan semua item menjalani kawalan kualiti yang ketat bagi memastikan kesegarannya.

Johan Antlov, Ketua Pegawai Pertubuhan HappyFresh.

HappyFresh Lancar Kempen Promosi Pertengahan Tahun. Diskaun 60%!

HappyFresh juga melancarkan kempen promosi pertengahan tahun HappyFresh Supermarket mereka iaitu ‘Termurah di Bandar’ dengan diskaun sebanyak 60% sehingga September nanti.

Pelanggan juga boleh memaksimumkan penjimatan dan memperoleh lebih nilai untuk wang yang dibelanjakan bagi barangan runcit dengan menggantikan kerumitan membeli-belah, boleh beli secara online sahaja!

HappyFresh Supermarket menyasarkan untuk memberi pengalaman e-grosir yang terbaik pada harga berpatutan kepada pelanggan kami. Kempen ‘Termurah di Bandar’ ini bertujuan membantu pelanggan kami dalam memerangi kenaikan inflasi dan kos sara hidup sambil mendapatkan semua barangan runcit yang diperlukan dengan harga termurah yang kami tawarkan secara ekslusif di HappyFresh Supermarket.

Johan Antlov, Ketua Pegawai Pertubuhan HappyFresh.

Johan turut menambah, beliau berharap melalui promosi dan diskaun yang ditawarkan ini, orang ramai akan memperoleh manfaat daripada kos sara hidup yang lebih rendah.

BACA JUGA: Bakul Berkat: Sherson Lian & HappyFresh Berganding Bahu Beri Bantuan Buat Golongan B40

Dah ready nak order barangan dapur/rumah? Anda boleh KLIK terus di sini.

Memang sangat mudah dan cepat. Tahu-tahu dah sampai depan rumah. Tak perlulah nak pergi bersiap dan bawa kereta ke kedai! 😀


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd