Now Reading
HappyFresh Anjur Kempen ‘Spend Big, Win Big’. Boleh Menang Baucar & FLYCYCLE!

HappyFresh Anjur Kempen ‘Spend Big, Win Big’. Boleh Menang Baucar & FLYCYCLE!

Pembeli paling banyak berbelanja berpeluang memenangi FLYCYCLE Ride dan baucar HappyFresh Supermarket bernilai RM200.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Dalam usaha mencari pendekatan baharu untuk menggalakkan gaya hidup sihat menerusi bahan-bahan segar, HappyFresh, platform barangan runcit dalam talian yang pesat berkembang di Asia Tenggara telah menganjurkan acara spin cycle di Publika pada minggu lalu.

Acara tersebut menyaksikan lebih 50 pemenang kempen dan pempengaruh mengayuh basikal spin mengikut  rentak Frequency of Fresh oleh HappyFresh, menampilkan petikan bunyi barangan segar diiringi muzik untuk menghasilkan rentak tersendiri bertenaga, sesuai untuk senaman. 


“Spend Big, Win Big”

Dari 23 Mei hingga 9 Jun, HappyFresh menganjurkan kempen Spend Big, Win Big di mana pembeli paling banyak berbelanja berpeluang memenangi FLYCYCLE Ride dan baucar HappyFresh Supermarket bernilai RM200.

Sumber: HappyFresh

Sepanjang sesi tersebut para peserta mengayuh basikal spin mengikut rentak Frequency of Fresh terkini oleh HappyFresh. Acara tersebut menampilkan selebriti seperti:

  • Sazzy Falak
  • Siu Lim
  • Nadia Anuar
  • Linora Lim

Dan semestinya dengan sokongan rakan jenama HappyFresh seperti UFC, Zespri Kiwi, HOMESOY dan Ben’s Independent Grocer.


Frequency of Fresh oleh HappyFresh

Kempen Frequency of Fresh oleh HappyFresh ini menyertakan siri pengaktifan berasaskan audio bagi membantu memilih barangan paling segar berdasarkan bunyi dan menggalakkan pemakanan dan gaya hidup sihat.

Pengaktifan audio ala ASMR ini menampilkan Hullera, Dizkopolis, dan ramai lagi artis lain dari pelbagai genre muzik.

Sumber: HappyFresh

Hu Hun Hui, Pengarah Urusan HappyFresh Malaysia berkata, “Kami percaya ada cara yang lebih menghiburkan dan melibatkan sensori untuk menggalakkan gaya hidup sihat melalui penggunaan barangan segar.

“Bagi kami, cara yang sesuai adalah dengan memperluaskan rentak Spotify Frequency of Fresh diadun semula menerusi acara kayuhan basikal yang imersif.

“Kami ingin memberi panduan kepada pelanggan kami ke arah amalan pemakanan dan gaya hidup sihat dengan bahan-bahan yang paling segar dalam sajian harian mereka – yang dapat dipenuhi oleh HappyFresh apabila pelanggan menyerahkan pilihan barangan runcit mereka kepada pembeli-belah peribadi kami, kerana #WEKNOWFRESH!”, jelasnya.

Di samping itu, pelanggan juga boleh mendapatkan penjimatan lebih dengan promosi dan diskaun semasa.


Ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara untuk mengenal pasti sama ada barangan segar anda benar-benar segar?

Dapatkan maklumat di Spotify dan gunakan tip tersebut semasa membeli-belah. Atau buat pesanan melalui HappyFresh hari ini juga!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd