Now Reading
Iklan Merdeka Ini Buktikan Kenapa “Makan Is Malaysian”

Iklan Merdeka Ini Buktikan Kenapa “Makan Is Malaysian”

Dengan semangat jiwa Merdeka yang sebenar, kita perlu meraikan kepelbagaian ini seperti jiwa seorang rakyat Malaysia – iaitu dengan makanan!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kalau anda pernah cuba sejenis menu bernama Tuhau, anda akan tahu tak semua orang akan menyukainya – sama ada mereka yang mencubanya betul-betul gemar makanan tersebut atau akan ‘jatuh cinta’ selepas bau hidangan berkenaan.

Walaupun bukan semua menu tempatan digemari oleh masyarakat, tetapi rasanya kita semua boleh setuju yang rakyat Malaysia dengan makanan memang tak boleh dipisahkan. Hidup untuk makan katanya!

Warisan gastronomi adalah gabungan pelbagai jenis budaya dan ini adalah sesuatu yang masih wujud sehingga ke hari ini. Selain makanan tempatan yang sememangnya unik, cara kita melihat dan menikmatinya juga berbeza-beza.

Kalau ada yang berkongsi makanan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan, percayalah itu adalah salah satu cara masyarakat tempatan menunjukkan kasih sayang mereka.

Perkongsian budaya menerusi masakan juga boleh menjadikan kita sebuah negara yang harmoni dan bersatu hati.

Dalam iklan Merdeka oleh HappyFresh, tiga rakyat Malaysia akan tunjuk makanan tempatan kegemaran mereka dan erti menjadi rakyat Malaysia.

Video bertajuk ‘Because Makan is Malaysian’ ini membawakan makanan tempatan yang unik dari menu ikan singgang di Kelantan ke Tuhau dari Malaysia Timur dan yang paling digemari ramai – kari ayam.

Hidangan lazat ini ada tempat yang sangat istimewa di hati mereka kerana mempunyai elemen sentimental yang menyimpan kenangan serta pengalaman tidak boleh dilupakan.

Dengan semangat jiwa Merdeka yang sebenar, kita perlu meraikan kepelbagaian ini seperti jiwa seorang rakyat Malaysia – iaitu dengan makanan! Anda memang patut cuba menu-menu tersebut.

Tak perlu risau dengan bahan-bahan untuk memasaknya kerana HappyFresh kan ada?

Anda boleh menikmati penghantaran percuma daripada HappyFresh Supermarket dan kesemua bahan akan dihantar terus ke pintu depan rumah dalam tempoh satu jam. Tak perlu lagi beratur panjang dan hadap jalan raya yang sesak.

Dapatkan kesemua barang keperluan anda di hujung jari sahaja!

Jom cuba Tuhau? Mana tahu anda ‘jatuh cinta’. Apa-apa pun, Selamat Hari Merdeka!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd